Bekalan Air

 

Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB - Sistem Retikulasi)

Skop
Air

 
Skop projek BALB Sistem Retikulasi merangkumi kerja-kerja penyambungan paip retikulasi dari sistem sedia ada, iaitu paip utama Pihak Berkuasa Air Negeri (PBAN) termasuk pembinaan tangki dan sistem booster pump, membaiki, membesar, mengganti dan mengubahsuai paip dan loji rawatan (treatment plant) dan juga pembinaan sistem pembekalan air yang dirawat sepenuhnya (fully treated). 
 
Kaedah Pelaksanaan Secara Bersepadu

 

Air

Bagi tujuan mempercepat dan memperkemas pelaksanaan Program BALB di seluruh Negara, Kerajaan memutuskan supaya kaedah pelaksanaan secara bersepadu dilaksanakan. Di bawah kaedah bersepadu ini pelaksanaan BALB akan dilaksanakan oleh Kontraktor Induk (KI) yang dilantik oleh Kerajaan di kalangan kontraktor Bumiputera Kelas A dan B.

Bagi melaksanakan projek-projek BALB tersebut Kerajaan juga akan melantik kontraktor kecil sebagai Kontraktor Pelaksana (KP).
 
Garis Panduan Perancangan Projek
  • Perancangan dan pemilihan projek BALB hendaklah dijalankan di peringkat daerah dengan penglibatan pemimpin-pemimpin tempatan seperti Wakil Rakyat (ADUN dan Ahli Parlimen) atau pemimpin politik dan JKKK berasaskan Garis Panduan Pemilihan Projek BALB.
     
  • Projek-projek BALB yang telah disenarai pendek mengikut keutamaan akan dibincangkan dan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah (JKPD).
     
  • Senarai yang telah dimuktamadkan di peringkat daerah akan dikemukakan ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) untuk diselaraskan bersama PBAN.
     
  • Majlis Pembangunan Negeri akan memuktamadkan dan meluluskan senarai projek yang akan dikemukakan ke KKLW melalui Borang BALB 1/2000.
     
  • Projek-projek BALB yang dipohon mestilah terletak di luar bandar dan di luar kawasan operasi (perkhidmatan) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
     
  • Lokasi projek BALB yang dicadangkan adalah di kampung-kampung tradisional, perkampungan Orang Asli, rumah-rumah panjang dan kawasan-kawasan penempatan baru.
  • Projek-projek BALB yang dirancang adalah dengan anggaran kos purata RM 30,000.00 bagi setiap rumah.
     
  • Permohonan projek BALB adalah meliputi penyambungan paip retikulasi, pembinaan tangki dan sistem ‘booster pump', membaiki, mengganti dan mengubahsuai paip dan loji rawatan dan pembinaan sistem pembekalan air yang dirawat sepenuhnya.
     
Garis Panduan Pemilihan Kontraktor Pelaksana (KP)
  • Kontraktor Pelaksana adalah terdiri daripada kontraktor bertaraf Bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, 1965.
     
  • Kontraktor mestilah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) di bawah Kelas D, E, EX atau F, mempunyai Kepala III, Sub Kepala 3, 4, 6 dan kepala IV, Sub Kepala 6(a) serta lesen pendaftaran yang masih dalam Tempoh Sah Laku.
     
  • Pemilihan kontraktor yang layak akan diselaraskan oleh Pejabat Pembangunan Daerah dan Pejabat Pembangunan Jajahan dengan penglibatan Wakil Rakyat (ADUN dan Ahli Parlimen).
     
  • Senarai pendek kontraktor pelaksana akan diselaraskan bersama oleh Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan dan PBAN.
     
  • Senarai akan dikemukakan kepada KKLW melalui Borang BALB 2/2000. Senarai KP muktamad akan diselaraskan dengan mengambilkira senarai daftar minat di Kementerian.
     
  • Penggiliran Kontraktor Pelaksana akan dibuat setiap tahun di mana 10% daripada kontraktor yang berprestasi tinggi akan dikekalkan dan kontraktor-kontraktor baru akan diberi peluang.