Pembangunan Usahawan

Pembangunan Usahawan

KETENGAH menyokong hasrat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW)  adalah untuk membentuk dan melahirkan ‘Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera Luar Bandar’ yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Pelaksanaan program tersebut adalah berdasarkan kepada 8 fungsi utama iaitu:-

  • Tabung Pembiayaan Usahawan KETENGAH (TPUK)
  • Latihan, Kursus dan Bengkel Usahawan
  • Khidmat Nasihat dan Bimbingan
  • Promosi dan Pemasaran Produk
  • Pembangunan Produk
  • Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI)
  • Industri Asas Tani (Ternakan dan Pertanian)
  • Pemantauan dan Penilaian Projek

 

MEMORANDUM OF UNDERSTANDING (MOU)

KETENGAH – MARA – KEMAS

  • Pembangunan Keusahawanan meliputi program bagi melahirkan usahawan baru, mewujudkan peluang-peluang perniagaan, pembiayaan modal, program latihan, pemasaran dan promosi produk, premis perniagaan, kemudahan perkilangan, penjenamaan dan pelabelan serta memaju dan membangunkan usahawan sediada.

KETENGAH – RISDA

  • Pembangunan Keusahawanan meliputi program bagi melahirkan usahawan baru, mewujudkan peluang-peluang perniagaan, pembiayaan modal, program latihan, pemasaran dan promosi produk, premis perniagaan, kemudahan perkilangan, penjenamaan dan pelabelan serta memaju dan membangunkan usahawan sediada.
  • Perkongsian pengalaman dan ilmu dalam bidang ternakan bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan memaksimumkan penggunaan sumber dan hasil;

 

PROJEK PEMBANGUNAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) KETENGAH

KETENGAH juga membimbing para usahawan di Wilayah KETENGAH dalam bidang Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS):

  • Pembuatan kraftangan meliputi pembuatan seramik dan perabot berasaskan rotan.
  • Pembuatan kek, roti, makanan ringan, sejuk beku dan tradisional.
  • Perkhidmatan meliputi andaman pengantin, jahitan pakaian, telekomunikasi, baikpulih kenderaan dan sebagainya.

 

PROJEK INDUSTRI ASAS TANI KETENGAH

Beberapa Program Industri Asas Tani telah dilaksanakan oleh KETENGAH untuk melahirkan usahawan Asas Tani yang berjaya dalam bidang pertanian adalah meliputi :

  • Tanaman Limau Kasturi, Limau Nipis, Kurma, Lada Hitam dan Ceri Terengganu di Durian Mentangau.
  • Tanaman Jagung, Durian Belanda, Nangka, Nenas, Pisang, Projek Fertigasi, Projek Sayur-sayuran dan Lada Hitam di Bandar Al Muktafi Billah Shah

Melalui program tersebut, ianya telah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

 

PROJEK PROJEK INDUSTRI TERNAKAN UNGGAS KETENGAH

KETENGAH turut membangunkan Projek Industri Ternakan Unggas meliputi :

  • Projek Ternakan Puyuh Pedaging di Bandar Seri Bandi;
  • Projek Penetasan Puyuh di Bandar Seri Bandi;
  • Projek Ternakan Ayam Pedaging, Kampung Chemuak.
  • Projek Ternakan Ayam Pedaging, Durian Mentangau.
  • Projek Perusahaan Rumah Burung Walit