Latihan Keusahawanan

Pendidikan Kemahiran dahulu disebut Kelas Latih Kerja (1971) adalah satu aktiviti pendidikan non-formal. Aktiviti ini bertujuan memberi kemahiran dalam pelbagai jurusan secara non-formal khususnya kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan kualiti hidup dan memupuk budaya niaga.

Antara kemahiran yang diajar adalah seperti :

  1. Kraftangan buluh/tanduk
  2. Pertukangan labu tanah
  3. Anyaman pandan dan mengkuang
  4. Tenunan
  5. Jahitan
  6. Sulaman
  7. Tekat
  8. Kaitan
  9. Masakan
  1. Memberi bimbingan dan kemahiran asas untuk membolehkan peserta-peserta memperluaskan dan mempertingkatkan lagi pengetahuan mereka dalam jurusan tertentu
  2. Menggalakkan masyarakat berdikari dengan memanfaatkan kemahiran yang diperolehi untuk keluarga sendiri di samping menjimatkan perbelanjaan.
  3. Memberi peluang kepada peserta-peserta mendapat pekerjaan di bengkel-bengkel dan kilang-kilang.
  4. Menggalakkan peserta-peserta menjalankan perniagaan dengan menggunakan kemahiran yang telah diperolehi untuk membuka bengkel-bengkel jahitan, kraftangan dan lain-lain secara perseorangan atau berkumpulan bagi tujuan menambahkan pendapatan mereka.
  1. Membantu menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk peserta dan penduduk setempat.
  2. Membuat promosi bersama-sama Pemaju Masyarakat dalam menarik lebih ramai peserta ke kelas PK

Pemaju Masyarakat

  1. Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran adalah terdiri dari kalangan mereka yang mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
  2. Lulus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 1 dan tahap 2 yang berkaitan.

Penglibatan Masyarakat

  1. Setiap kumpulan dikehendaki membentuk ahli jawatankuasa seramai 5 atau 7 orang yang terpilih dari kalangan masyarakat tempatan.
  2. Mesyuarat Jawatankuasa kumpulan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua bulan sekali di mana Pemaju Masyarakat Pendidikan Kemahiran menjadi setiausaha manakala pengerusinya dipilih dari kalangan masyarakat.

Konsep

  1. Menyediakan latihan kemahiran dalam satu-satu jurusan kemahiran supaya masyarakat dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk berdikari disamping memupuk budaya niaga.
  2. Bengkel merupakan satu tempat untuk menjalankan aktiviti-aktiviti Pendidikan Kemahiran secara teori dan amali dan terdapat tempat telah sedia ada alat-alat mengajar yang cukup dan perjalanannya merupakan “separa–commercial”.

Pelaksanaan

  1. Pendidikan Kemahiran dijalankan dengan memberi bimbingan teori dan amali.
  2. Bilangan peserta dalam bengkel ialah 15 orang sekurang-kurangnya
  3. Tempat aktiviti dijalankan ditentukan oleh masyarakat seperti di Balairaya, Dewan Orang ramai atau Bengkel Khas.
  4. Disamping memberi bimbingan, peserta yang mahir digalakkan menjalankan perniagaan.
  5. Peralatan bengkel seperti perabut dan mesin jahit disediakan olah KEMAS

Aktiviti-aktiviti mengikut jurusan ini dijalankan berasaskan kepada pembelajaran :

  1. Teras
  2. Keusahawanan
  3. Ko-kurikulum
  4. Pembangunan Insan
  5. ·Kesihatan
  6. ·Kekeluargaan
  7. ·Kesedaran Sivik
  8. ·Kerohanian