SPED HANYA DIBUKA KEPADA USAHAWAN BUMIPUTERA  YANG BEROPERASI DI LUAR BANDAR 

MENGIKUT KETETAPAN DAN DASAR KKLW, SENARAI PARLIMEN DI BAWAH MAJLIS PEMBANGUNAN LUAR BANDAR (MPLB)

 

PERLIS

Padang Besar, Kangar dan Arau

 

KEDAH

Jerai, Pokok Sena, Kuala Kedah, Sungai Petani, Langkawi, Jerlun, Kubang Pasu,Padang Terap, Alor Star, Pendang, Sik, Merbok, Baling, Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu.

 

PULAU PINANG

Kepala Batas, Tasek Gelugor, Bukit Mertajam, Nibong Tebal, Balik Pulau, Bayan Baru, Permatang Pauh dan Batu Kawan.

 

PERAK

Gerik, Lenggong, Larut, Parit Buntar, Bagan Serai, Bukit Gantang, Sungai Siput, Tambun, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Padang Rengas, Beruas, Parit, Kampar, Gopeng, Tapah, Pasir Salak, Lumut, Bagan Datok, Telok Intan dan Tanjong Malim.

 

SELANGOR

Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang, Kuala Selangor, Hulu Langat, Kapar, Kuala Langat dan Sepang.

 

NEGERI SEMBILAN

Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Rasah, Rembau, Telok Kemang dan Tampin.

 

MELAKA

Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Bukit Katil dan Jasin.

 

JOHOR

Segamat, Sekijang, Labis, Pagoh, Ledang, Bakri, Muar, Parit Sulong, Ayer Hitam, Sri Gading, Batu Pahat, Simpang Renggam, Kluang, Sembrong, Mersing, Kulai, Pon- tian,Tanjong Piai, Gelang Patah, Tenggara, Kota Tinggi dan Pengerang.

 

PAHANG

Cameron Highlands, Lipis, Raub, Jerantut, Indera Mahkota, Paya Besar, Pekan, Maran, Kuala Krau, Temerloh, Bentong, Bera, Rompin dan Kuantan.

 

KELANTAN

Tumpat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Pasir Mas, Rantau Panjang, Kubang Kerian, Bachok, Ketereh, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang, Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli.

 

TERENGGANU

Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

 

SABAH

Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Penampang, Papar, Kimanis, Beaufort, Sipitang, Ranau, Keningau, Tenom, Pensiangan, Beluran, Libaran, Batu Sapi, Sandakan, Kinabatangan, Silam, Semporna, Tawau, Kalabakan dan Labuan.

 

SARAWAK

Mas Gading, Santubong, Petra Jaya, Bandar Kuching, Stampin, Kota Samarahan, Mambong, Serian, Batang Sadong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Saratok, Tanjong Manis, Igan, Sarikei, Julau, Kanowit, Lanang, Sibu, Mukah, Selangau, Kapit, Hulu Rajang, Bintulu, Sibuti, Miri, Baram, Limbang dan Lawas.

  • Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
  • Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
  • Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.
  • Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai’ Bithaman Ajil, Bai Murabahah dan Bai’ Dayn).
  • Pembelian aset / mesin / peralatan;
  • Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
  • Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;

Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut:

 

  • Pembuatan
  • Perkhidmatan
  • Pertanian (Bank Rakyat sahaja)
  • Pelancongan Desa
  • Minimum RM20,000.00 dan tidak melebihi maksimum RM250,000.00 untuk setiap permohonan
  • Tempoh pembiayaan adalah dari 3 tahun sehingga 7 tahun. (tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan)
  • Bayaran perkhidmatan sebanyak 5% setahun atas baki bulanan untuk jumlah pembiayaan.
  • Rebat sebanyak 30% Geran Kerajaan daripada nilai pembiayaan pokok yang diluluskan.
  • Pemberian bukan secara automatik dan hanya diberikan kepada Pelanggan SPED yang memohon, layak dan mematuhi syarat.
  • Dibenarkan bagi pembiayaan SPED terkumpul yang diluluskan/dikeluarkan tidak melebihi RM250,000.00 sahaja.
  • Pembiayaan tiada mempunyai tunggakan, bayaran balik mengikut tarikh ditetapkan dan tidak dijadual atau distruktur semula.
  • Penerima Muqasah akan dicalonkan untuk Anugerah Usahawan Cemerlang sekiranya menunjukkan prestasi perniagaan yang meningkat selepas mendapat kelulusan pembiayaan.
  • Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan.
  • Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan.
  • Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB.
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
  • Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
  • Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut:
    • Firma, Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Koperasi – Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham.
    • Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja.
  • Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan.
  • Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.
  • Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun).
  • Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini.
  • Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, ‘Sublet’ (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan.
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi.
  • Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.
JUMLAH PEMBIAYAAN  (RM)

KADAR BAYARAN TEMPOH TANGGUHAN

6 Bulan (RM) 

KADAR BAYARAN  

1 – 60 Bulan / 1 – 5 Tahun

20,000.00
63.00
378.00
50,000.00
157.00
944.00
70,000.00
219.00
1,321.00
100,000.00
313.00
1,888.00
150,000.00
469.00
2,831.00
170,000.00
532.00
3,209.00
200,000.00
625.00
3775.00
250,000.00
782.00
4718.00

 *Nota: Jadual bayaran ansuran adalah anggaran dan tidak termasuk kos yuran guaman

  • Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan akan menjadi cagaran kepada peminjam.
  • Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pembiayaan; dan
  • Bagi pembiayaan bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.
  • Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah; dan
  • Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.

Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pembiayaan setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi:

  • Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman ;
  • Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank ;
  • Menerima tawaran beserta syarat-syarat dan peraturan dinyatakan di dalam seperti mana yang Surat Tawaran ;
  • Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction ;
  • Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/ All Risk ;
  • Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti stem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan; dan
  • Mematuhi lain-lain syarat kelulusan.

Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :

  • Peringkat Penilaian Kredit – diurus setiakan oleh Bank; dan
  • Jawatankuasa SPED – diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KKLW.
  • Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
  • Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.
  • Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.
  • Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana, manakala yang tidak diluluskan akan dimaklumkan oleh KKLW.
  • Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana.
  • Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh Bank kepada senarai pembekal-pembekal.

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW)  

Bahagian Pengupayaan Ekonomi

Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

Tel : +603-88915602              Faks : +603-8888 2341

 

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT)

Perbankan Korporat Kerajaan/Syarikat Berkaitan Kerajaan

Tingkat 25, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur

Tel : +603-22024500 ext:8975            Faks : +603-2272 2307

 

SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (SME BANK)

Program Financing, Tingkat 20, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, 50774 Kuala Lumpur.

Tel : +603-26152020                          Faks : +603-26932512