Ameniti Sosial

 

Ameniti Sosial

Kemudahan Ameniti Sosial atau disebut juga
kemudahan awam merupakan kemudahan tempat, bangunan atau prasarana yang penggunaannya dikongsi bersama serta menjadi tumpuan masyarakat setempat dan sekitarnya. Penyediaan kemudahan ameniti sosial yang sempurna dan lengkap menjadi satu keperluan asas di dalam sesebuah kampung atau kawasan penempatan bagi kegunaan masyarakat untuk menjalankan kegiatan dan fungsi sosial khususnya dalam membentuk kehidupan bermasyarakat yang bersatu padu, harmoni, maju, dinamik dan progresif.

 

Padang Permainan Pembinaan Jeti

OBJEKTIF

i) Menjamin pembangunan yang seimbang di antara bandar dan luar bandar bagi mencapai matlamat pertumbuhan dengan ekuiti (growth with equity) selaras dengan dasar urbanisasi negara.

ii) Memastikan pelaksanaan pembangunan kampung-kampung dibuat secara lebih bersepadu, merangkumi program kemudahan infrastruktur, utiliti, ameniti sosial dan pembangunan insan.

iii) Memperlengkapkan pembangunan kemudahan infrastruktur, manusia dan ekonomi yang diwujudkan di kampung-kampung secara terancang bagi mendapat impak yang lebih berkesan.

iv) Meningkatkan elemen perpaduan, sifat muafakat dan semangat toleransi di kalangan masyarakat desa melalui penyediaan dan penggunaan secara aktif kemudahan-kemudahan sosial yang disediakan.

v) Mewujudkan komuniti luar bandar yang bersatu-padu, proaktif, berdaya tahan dan boleh menangkis pelbagai paradigme negatif yang sentiasa berusaha membawa perpecahan.

  

SKOP

 Skop Program Ameniti Sosial memberi tumpuan kepada beberapa jenis projek yang terpilih dan dikenalpasti menjadi keperluan utama serta mustahak untuk dibangunkan di dalam sesebuah kampung. Skop program ameniti sosial adalah mencakupi beberapa kategori/jenis projek seperti berikut :-

Kemudahan Pengurusan Desa/Pendidikan

      • Dewan orang ramai/balai raya
      • Bangunan/bilik gerakan
      • Pusat gunasama
      • Pusat sumber/komputer

Kemudahan Rekreasi/Riadah

      • Padang permainan
      • Gelanggang permainan
      • Taman kanak-kanak
      • Taman rekreasi
      • Laluan pejalan kaki/pedestrian walk

 Kemudahan Prasarana

      • Tempat letak kereta
      • Tandas awam
      • Wakaf
      • Pondok menunggu bas/teksi
      • Parit utama
      • Longkang
      • Jeti
      • Tapak pasar tani/sehari
      • Medan selera

SKOP KERJA

Skop kerja bagi Program Ameniti Sosial dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut;-

    • Bina baru.
    • Naik taraf/pembesaran.
    • Baik pulih/senggara.

Skop kerja program ini meliputi kos pembinaan fizikal, pembelian peralatan asas yang berkaitan, pendawaian elektrik, bekalan air dan tidak termasuk bayaran pampasan atau pembelian tanah tapak projek.

 

KRITERIA PEMILIHAN PROJEK

Pemilihan projek-projek PAMS hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  • Projek-projek yang dilaksanakan terletak di kawasan luar bandar atau pinggir bandar dan di luar kawasan operasi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau mana-mana kawasan yang difikirkan sesuai oleh YB Menteri;
  • Projek-projek adalah untuk kegunaan awam yang dikongsi bersama serta menjadi tumpuan masyarakat setempat dan sekitarnya;
  • Projek-projek kecil yang dianggarkan bernilai RM200,000.00 ke bawah; 
  • Projek-projek yang melibatkan premis bangunan seperti Dewan Serbaguna, Balairaya dan sebagainya hendaklah dibina atas tanah yang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTG); dan
  • Sebarang pengecualian daripada kriteria di atas  mestilah mendapat kelulusan KKLW.

 

PERMOHONAN PROJEK

Semua permohonan projek-projek di bawah PAMS hendaklah dikemukakan melalui Pejabat Daerah (di peringkat daerah) atau Pejabat Pembangunan Negeri dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP) di peringkat negeri.

Permohonan-permohonan tersebut akan diselaraskan oleh PPN/JPP dan seterusnya akan dikemukakan ke KKLW untuk pertimbangan dan kelulusan.

 

PELAKSANAAN PROJEK

KKLW akan menyalurkan peruntukan kepada PPN/JPP untuk melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan. PPN/JPP seterusnya akan melaksanakan projek melalui Pejabat Daerah.