Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) Tahun 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan,

PERINGATAN MESRA : SOAL SELIDIK KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH (KKLW) TAHUN 2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

  1. Sehingga 10 Oktober 2017 (Selasa), bilangan responden KKLW yang melengkapkan Tinjauan Kepuasan Pelanggan ini hanya seramai 148 orang.  Pihak MAMPU, JPM memohon agar Kementerian dapat mencapai bilangan responden melebihi 330 orang bagi memenuhi keperluan pemarkahan penilaian Sistem Star Rating (SSR).
  1. Sehubungan itu, adalah dipohon pihak YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan yang masih belum melengkapkan Tinjauan Kepuasan Pelanggan ini untuk berbuat demikian sebelum 31 Oktober 2017 (Selasa) dengan mengakses pautan URL Aplikasi MyPelanggan iaitu:

http://mypelanggan.mampu.gov.my/module/questionnaire/questionnaire.php?jab=kklw&qid=38

  1.    Tindakan segera daripada pihak YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini amatlah diharapkan kerana jumlah pemarkahan akan terjejas sekiranya bilangan responden tidak mencapai jumlah sasaran yang ditetapkan.  Kerjasama pihak Agensi juga dipohon untuk menghebahkan kajian ini kepada semua warga di bawah Jabatan YBhg. Dato’ Dr./ YBhg Dato’/YBrs. Dr./ Tuan/ Puan. Segala kerjasama dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah