SKIM PEMBIAYAAN EKONOMI DESA (SPED)

Pengenalan

Objektif Skim
  • Membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan dibenarkan oleh undang-undang.
  • Menggalakkan penglibatan dan pembangunan usahawan Bumiputera bagi mewujudkan peluang pekerjaan, meningkatkan pendapatan serta perniagaan yang berdaya maju kepada masyarakat di luar bandar.
  • Memajukan sektor-sektor ekonomi yang berpotensi tinggi di luar bandar.
Konsep Pembiayaan
  • Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai’ Bithaman Ajil, Bai Murabahah dan Bai’ Dayn).
Bentuk Pembiayaan
  • Pembelian aset / mesin / peralatan;
  • Modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah / stok;
  • Pengubahsuaian atau menaik taraf premis perniagaan;
Skop Pembiayaan
  • Jenis-jenis sektor perniagaan yang dibiayai mesti mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan tidak menyalahi undang-undang seperti berikut:

    • Pembuatan
    • Perkhidmatan
    • Pertanian (Bank Rakyat sahaja)
    • Pelancongan Desa
Had Pembiayaan
  • Minimum RM20,000.00 dan tidak melebihi maksimum RM250,000.00 untuk setiap permohonan
Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan
  • Tempoh pembiayaan adalah dari 3 tahun sehingga 7 tahun. (tidak termasuk Tempoh Tangguhan selama 6 bulan)
Kadar Keuntungan Maksima Bank
  • Bayaran perkhidmatan sebanyak 3.5% setahun atas baki bulanan untuk jumlah pembiayaan.
Pemberian Muqasah 30% Geran Kerajaan
  • Rebat sebanyak 30% Geran Kerajaan daripada nilai pembiayaan pokok yang diluluskan.
  • Pemberian bukan secara automatik dan hanya diberikan kepada Pelanggan SPED yang memohon, layak dan mematuhi syarat.
  • Dibenarkan bagi pembiayaan SPED terkumpul yang diluluskan/dikeluarkan tidak melebihi RM250,000.00 sahaja.
  • Pembiayaan tiada mempunyai tunggakan, bayaran balik mengikut tarikh ditetapkan dan tidak dijadual atau distruktur semula.
  • Penerima Muqasah akan dicalonkan untuk Anugerah Usahawan Cemerlang sekiranya menunjukkan prestasi perniagaan yang meningkat selepas mendapat kelulusan pembiayaan.
Syarat-Syarat Permohonan
  • Pemohon perlu mengisi dan melengkapkan satu (1) salinan Borang Permohonan.
  • Melampirkan Kertas Kerja atau Rancangan Perniagaan.
  • Perniagaan beroperasi dan mempunyai alamat/cawangan berdaftar di luar bandar MPLB.
  • Perniagaan dimiliki sepenuhnya pegangan individu 100% Bumiputera iaitu Melayu, Orang Asli dan Masyarakat Pribumi Sabah dan Sarawak yang diiktiraf oleh undang-undang.
  • Berumur 18 tahun dan tidak melebihi had umur 60 tahun sewaktu permohonan.
  • Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Semenanjung Malaysia atau Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) atau Ordinan Perniagaan di Sabah & Sarawak.
  • Mempunyai Lesen Berniaga daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pengesahan ‘Di Luar Kawasan Seliaan’ oleh PBT atau lain-lain peraturan pihak berkuasa berkaitan.
  • Had pendedahan baki pembiayaan sedia ada tidak melebihi RM500,000.00 dengan pengiraan had pendedahan dan pengecualian seperti berikut:
    • Firma, Syarikat Sdn Bhd, PLT dan Koperasi – Tidak meliputi pembiayaan di atas nama pengarah/pemegang saham.
    • Pengecualian untuk pembiayaan SPED sedia ada dan Premis Perniagaan sahaja.
  • Semakan laporan kredit Bank Negara iaitu Central Credit Reference Information System (CCRIS) yang tiada tunggakan dan sekiranya ada, resit bayaran perlu dilampirkan.
  • Pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana institusi kewangan.
  • Mengemukakan Laporan Kewangan Beraudit atau Pengurusan bagi Firma / Syarikat Sdn Bhd / PLT / Koperasi mengikut tahun beroperasi (minimum 1 tahun).
  • Mengemukakan Penyata Bank firma/syarikat untuk tempoh 6 bulan terkini.
  • Melampirkan salinan bagi Perjanjian Sewa Premis dan/atau Surat Kebenaran Menduduki yang dimatikan setem atau Geran Tanah. Walau bagaimanapun, ‘Sublet’ (sewa atas sewa) bagi sesebuah premis perniagaan adalah tidak dibenarkan.
  • Menjalankan perniagaan sepenuh masa untuk firma perseorangan atau salah seorang bagi firma perkongsian, Sdn Bhd, PLT dan Koperasi.
  • Lain-lain dokumen berkaitan yang diperlukan bagi penilaian kredit dan kemampuan bayaran balik Pelanggan.
Jadual Bayaran Ansuran
JUMLAH PEMBIAYAAN  (RM)

KADAR BAYARAN TEMPOH TANGGUHAN

6 Bulan (RM) 

KADAR BAYARAN  

1 – 60 Bulan / 1 – 5 Tahun

20,000.00
63.00
378.00
50,000.00
157.00
944.00
70,000.00
219.00
1,321.00
100,000.00
313.00
1,888.00
150,000.00
469.00
2,831.00
170,000.00
532.00
3,209.00
200,000.00
625.00
3775.00
250,000.00
782.00
4718.00

 *Nota: Jadual bayaran ansuran adalah anggaran dan tidak termasuk kos yuran guaman

Cagaran
  • Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan akan menjadi cagaran kepada peminjam.
Insurans
  • Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pembiayaan; dan
  • Bagi pembiayaan bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.
Kos Setem Dan Guaman
  • Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah; dan
  • Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.
Pengeluaran Wang Pembiayaan

Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pembiayaan setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi:

  • Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman ;
  • Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank ;
  • Menerima tawaran beserta syarat-syarat dan peraturan dinyatakan di dalam seperti mana yang Surat Tawaran ;
  • Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction ;
  • Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/ All Risk ;
  • Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti stem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan; dan
  • Mematuhi lain-lain syarat kelulusan.
Jawatankuasa Pelaksanaan Skim

Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :

  • Peringkat Penilaian Kredit – diurus setiakan oleh Bank; dan
  • Jawatankuasa SPED – diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)
Tatacara Permohonan
  • Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat/ Cawangan Bank Pelaksana atau di KKDW.
  • Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas kerja disertakan bersama-sama dengan borang permohonan.
  • Borang Permohonan beserta kertas kerja dan dokumen-dokumen berkaitan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.
  • Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut, permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.
Keputusan Permohonan
  • Permohonan yang dilulus akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana.
  • Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pembiayaan dengan Agensi Pelaksana.
  • Pengeluaran wang pembiayaan dibayar terus oleh Bank kepada senarai pembekal-pembekal.
Alamat Perhubungan

Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW)

Bahagian Pembagunan Usahawan Desa

Aras 19, Persiaran Perdana, Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya

Tel : +603-88915602              Faks : +603-8888 2341


 

BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BKRM)

Perbankan Korporat Kerajaan/Syarikat Berkaitan Kerajaan

Tingkat 25, Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No.33, Jalan Rakyat, 50470 Kuala Lumpur

Tel : +603-22024500 ext:8975            Faks : +603-2272 2307


 

SMALL MEDIUM ENTERPRISE DEVELOPMENT BANK MALAYSIA BERHAD (SME BANK)

Program Financing, Tingkat 20, Menara SME Bank, Jalan Sultan Ismail, 50774 Kuala Lumpur.

Tel : +603-26152020                          Faks : +603-26932512


 

RURAL CAPITAL BERHAD

Tingkat 8, Menara RKT, No 36, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur.

Tel : +603-26910869 Faks : +63 2691 0210

Senarai Bussines Centre permohonan SPED

Pautan Agensi di Bawah Kementerian

Pautan Agensi Kerajaan

Paparan terbaik menggunakan browser Google Chrome atau Mozila Firefox versi terkini dengan skrin beresolusi 1280 x 1024 piksel |  2020 © Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah   

Jumlah Pelawat :  2,610,779

Tarikh Dikemaskini: 16 Disember 2022