Sejarah Penting KPLB

Pembangunan luar bandar merupakan satu komitmen kerajaan yang berterusan bagi merealisasikan hasrat Malaysia menjadi sebuah Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

17 Nov 1959
Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan
1960
RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan
24 Dis 1960
KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA
25 Jan 1961
‘RED Book’ dilancarkan untuk menyelaras, merancang dan memantau pembangunan luar bandar
4 Sept 1961
Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek.
1961
Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar
Dis 1976
KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke Kementerian Lain
18 Julai 1981
YAB Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB
Okt 1990
KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB
1993
Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB
1994
Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar.
8 Mei 1995
Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB
31 Jan 2001
JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB
27 Mac 2004

– KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA)

– Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

15 Ogos 2005
Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri
1979 – 2009
50 tahun Kementerian
April 2009
Perpindahan masuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).
Sept 2009
Penubuhan Pejabat KKLW Cawangan Negeri.
19 – 21 Mac 2010
Sambutan 50 tahun KKLW diadakan di Kuala Lipis, Pahang dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak
12 Okt 2010
Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar PIPLB oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak.
Sept 2011
Perpindahan bangunan KKLW dari Blok D9, Kompleks D, Putrajaya ke Lot 4G8, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya
22 Sept 2011
Perasmian Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya
18 Feb 2012
Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Gopeng, Perak Darul Ridzuan
4 Mei 2012
Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Kelantan
10 Nov 2012
Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Melaka
1 Mac 2013
Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Pahang