Selamat Melayari Laman Web KKLW

Saya merasa amat bertuah kerana dapat berinteraksi kepada anda semua pengguna Laman Web Kementerian. Adalah menjadi hasrat Kementerian agar Laman Web ini akan dapat memaklumkan kepada semua pengguna amnya serta rakyat Malaysia khasnya mengenai aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Kementerian ini. Di samping itu ianya selari dengan hasrat dan dasar kerajaan untuk menyebarkan maklumat dan menyediakan perkhidmatan dalam talian secara lebih berkesan.
Di antara lain dengan adanya laman web ini tuan-tuan dan puan-puan boleh berinteraksi secara terus dengan pegawai dan kakitangan Kementerian bagi mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan program-program dan projek-projek yang dilaksanakan oleh Kementerian secara keseluruhan.
Selain itu, perhubungan secara dua hala juga dapat diwujudkan dengan terbentuknya laman web ini. Sebarang maklum balas daripada orang awam dapat terus disalurkan kepada pegawai yang berkenaan.
Adalah diharapkan laman web ini akan dapat memberikan manfaat kepada tuan-tuan dan puan-puan. Kementerian ini akan cuba sedaya upaya untuk menentukan maklumat-maklumat yang dipaparkan adalah tepat dan terkini.
Terima kasih kerana telah melayari laman Web Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah .
Dato’ Ibrahim bin Muhamad
Ketua Setiausaha
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah