Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
   
   
 
GDW
Untuk warga KKLW sahaja
WEBMEL 
 
 
 
SINDIKASI
SINDIKASI
 
PELAWAT
 
 
 

 

Program Jalan Luar Bandar (JALB)

[Program Jalan Luar Bandar (JALB)]
[Skop Dan Komponen Projek]
[Strategi Pelaksanaan]
[Geometri Jalan]

Latarbelakang

  • JALB telah dilancarkan pada tahun 1977 melalui Accelerated Rural Road Programme (ARRP ) dengan tujuan asalnya untuk mempercepat dan memperbanyakkan pembinaan jalan bagi menyediakan sistem pengangkutan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar . Justeru itu jalan-jalan yang dibina ketika  itu kebanyakkannya bertaraf jalan laterite yang bertujuan memberi accessibility sahaja.

     
  • Program JALB telah dilaksanakan selaras dengan kenyataan dasar iaitu "untuk memperbaiki dan memperluaskan sistem pengangkutan diluar bandar" di samping usaha yang berterusan kearah mempertingkatkan  liputan dan memperbaiki rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.

     
  • Dalam hubungan ini , jalan luar bandar akan dibina mengikut rekabentuk, permukaan dan standard geometric  yang lebih tinggi bagi memastikan tempoh boleh guna yang lebih lama dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah, manakala jalan raya yang  sedia ada akan dinaik taraf  kepada standard yang sama . Standard yang lebih tinggi ini juga akan menggalakkan aktiviti industri baru di kawasan luar bandar misalnya dapat memudahkan pergerakkan kenderaan komersial dan kenderaan berat dan seterusnya mempercepatkan pembangunan luar bandar.

     
  • JALB merupakan projek jalan negeri yang dibiayai oleh peruntukan  Persekutuan. Oleh kerana jalan tersebut dibina mengikut piawai JKR, iaitu R1, R2, dan R3 ianya layak mendapat peruntukan penyenggaraan dari kerajaan persekutuan setelah di daftar di bawah system MARRIS (MALAYSIA ROAD REGISTERATION INFORMATION  SYSTEM ).

     

Program jalan akan  memberi tumpuan  kepada :

  • Pembinaan jalan-jalan bagi menyokong pembangunan ekonomi dalam sektor perkembangan pertanian, perladangan, perindustrian, perkilangan , pelancongan dan perusahaan perkhimatan terutama sekali di kawasan dan daerah mundur dan terpencil di seluruh negara termasuk PPD / RGC.

     
  • Pembinaan jalan-jalan bagi menwujudkan dan melengkapkan sistem rangkaian jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan pembangunan di dalam sesuatu negeri dan seterusnya dan negeri-negeri di sebelahnya. Ini termasuk menyambung jalan-jalan yang terputus supaya lebih functional dan dapat dioptimumkan oleh penduduk-penduduk di luar bandar.

     
  • Pembinaan/naik taraf jalan yang mampu menampung pengangkutan hasil-hasil keluaran pertanian dan ladang-ladang yang dimajukan dalam halacara baru, umpamanya PJK yang telah menjadi laluan penting boleh dinaik taraf ke JALB.

     
  • Sebagai jalan perhubungan untuk tujuan memberi kemudahan perhubungan yang lebih baik sebagai alternatif kepada jalan-jalan yang sedia ada atau jalan sungai disamping dapat menghubungkan kampung-kampung/penempatan (remote settlements) dengan pekan terdekat.

     
  • Sebagai pemangkin (catalyst) kepada pembangunan sosio-ekonomi kawasan terpencil di mana hasil keluaran setempat dapat dikeluarkan dengan lebih mudah, cepat dan lebih ekonomik. Disamping itu, ia juga akan memberikan limpahan dari segi ekonomi dengan kewujudan peluang-peluang pekerjaan di pekan-pekan kecil untuk mesyarakat luar bandar.

     
  • Memberi sumbangan kepada usaha-usaha pemulihan ekonomi negara khususnya melalui new tracts of development melaui perancangan pelan pembangunan komprehensif di kawasan-kawasan luar bandar.
  • Penyediaan keperluan asas infrastruktur seperti pengangkutan dan perhubungan yang menyeluruh, seimbang dan berkesan adalah amat penting dalam mewujudkan kesejahteraan dan mencapai matlamat pembangunan negara.

     
  • Keutamaan pemilihan jalan di bawah Program JALB  adalah berpandukan kriteria yang telah diberi oleh Jawatankuasa  Perancangan  Pembangunan Negara seperti  berikut:
  • Kepadatan penduduk sekilometer jalan.

     
  • Peratus kebun – kebun kecil yang bertanam sejauh 2.5 km dikiri kanan jalan berbanding dengan kawasan perladangan.
     
  • Kos pembinaan sekilometer.

 

 

 
Cadangan / Aduan
Surat Kepada Pengarang
Intranet
Tender
Muat Turun
Senarai Projek
APLIKASI TALIAN
   
 
APLIKASI EG
   
 
KALENDAR
12 Mac 2010
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
Lagi Peristiwa
 
 
 
myGOV MSC e-KL MAMPU JKJR SME Info Portal Anakku Sayang PEMUDAH Institut Intergrasi Malaysia
BPA MyIdeas MyID
 
  Hakcipta Terpelihara 2010 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024
 
  Tarikh Kemaskini :