Latar Belakang

Program telah mula dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia ke-Lapan (RMK8) bagi melaksanakan latihan dan kursus kepada masyarakat luar Bandar. Program ini dilaksanakan di Medan Infodesa (MID) dengan kerjasama Jabatan / Agensi di bawah Kementerian.

Objektif

Latihan ICT Desa ini bertujuan untuk :

  1. Memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada masyarakat luar Bandar.
  2. Meningkatkan penggunaan dan penguasaan serta literasi komputer di kalangan pemimpin masyarakat luar Bandar.
  3. Memberi kemahiran yang sesuai kepada masyarakat luar Bandar bagi melahirkan usahawan ICT dan masyarakat yang berkemahiran serta dapat menggunakan kemahiran tersebut untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka.