Program Menaik Taraf Dan Senggaraan Jalan Kampung (PJK) Melalui Jabatan Kerja Raya (JKR)

Latar Belakang

Mulai Jun 2004, pelaksanaan Projek Jalan Kampung (PJK) adalah melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana. Kaedah pelaksanaan ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Mei 2004. Pelaksanaan PJK melalui JKR adalah lanjutan dari siri kaedah yang digunapakai sebelum ini, iaitu melalui Pejabat Daerah (1981 – 1996) Kaedah Payong (1997 – 2000 ), Kaedah Bersepadu (2001 – 2002) dan Kaedah Alternatif (2003).

Jalan Wawasan 1,2,3 dan 4 Kg. Melayu, Gelang Patah

Jalan Kampung Sedang dalam pembinaan

Jalan Kampung Sudah siap

Skop Program PJK

Mulai Rancangan Malaysia Ke Lapan (RMKe8), skop pelaksanaan PJK diperluaskan kepada dua komponen iaitu :-

(a) Naik Taraf

  • Membina jalan baru supaya jajaran jalan kampung dapat memberi faedah penggunaan yang maksimum;
  • Menaikkan taraf jalan yang sedia ada tanpa mengubah jajaran atau dengan perubahan jajaran; dan
  • Membina/menaik taraf jalan-jalan kampung di kawasan LKW/LKT tetapi tidak termasuk Jalan Ladang.

Turap semula jalan utama Kampung Pulai

Jalan TAR Sedang dalam pembinaan

Jalan TAR Sudah siap

(b) Senggaraan Jalan

  • Pembaikan ke atas ubin jalan;
  • Pembaikan ke atas bahu jalan, longkang, pembentung/culvert dan perabot jalan; dan
  • Menurap semula permukaan jalan.

Jalan Kampung Pertanian Kulai ( dari lorong 4 hingga 6)

Jalan Kampung Sedang dalam pembinaan

Jalan TAR Sudah siap