Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan. Matlamat program ialah untuk membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar supaya lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu, kemahiran dan pendapatan keluarga.

Kumpulan Sasar

Golongan miskin tegar luar bandar yang produktif terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Suri Rumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) tidak bersekolah yang produktif dan berdaftar di bawah Sistem e-Kasih atau Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar – Sistem SPKR.

Komponen Dan Kadar Bantuan

Program ini melibatkan komponen kursus-kursus motivasi dan perubahan sikap, pembangunan insan, kem sahsiah dan bengkel kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga (semua kursus boleh disisipkan lawatan sambil belajar). Setiap komponen disesuaikan mengikut kategori kumpulan sasar.

Bagi setiap kategori kursus kadar bantuan maksimum bagi setiap peserta adalah RM1,500.

Kaedah Pelaksanaan

Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:

  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Agensi-agensi KKLW
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
  • Kementerian / Agensi lain

Program akan dilaksanakan menerusi agensi-agensi pelaksana di negeri-negeri yang akan menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat pengendali kursus yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE) namun program ini dilaksanakan semula oleh KKLW mulai 2008.