Konsep

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi mengikuti kursus-kursus peningkatan akademik pelajar terdiri daripada anak-anak kumpulan sasar. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan tahap pendidikan serta pencapaian akademik pelajar terdiri daripada anak-anak kumpulan sasar supaya mereka berpeluang untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi. .

Kumpulan Sasar

Ahli Isi Rumah (AIR) miskin tegar yang bersekolah dan berdaftar dengan pengkalan data miskin tegar atau e-Kasih Sistem SPKR.

Komponen Program dan Kadar Bantuan

  • Kelas tuisyen PMR, SPM dan STPM
  • Kursus persediaan menghadapi peperiksaan
  • Kursus program Motivasi pelajar
  • Kem sahsiah

Kadar maksimum bantuan untuk setiap pelajar adalah RM500.

Kaedah Pelaksanaan

Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:

  • Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Agensi-agensi KKLW
  • Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
  • Kementerian dan Agensi lain