Fakta & Maklumat NKRA

gtp

NATIONAL KEY RESULTS AREAS (NKRA) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH

Program Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Programme(GTP) merupakan usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan perkhidmatan awam bagi manfaat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang untuk merealisasikan konsep 1 Malaysia.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah dipertanggungjawabkan untuk mengetuai salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang telah dikenalpasti iaitu Infrastruktur Asas Luar Bandar atau Rural Basic Infrastructure (RBI). Sepanjang GTP1.0 (2010-2012), seramai 4.5 juta penduduk telah memperoleh faedah dari pelaksanaan NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar yang meliputi akses kepada kemudahan asas seperti bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih atau terawat serta jalan berturap. Selain itu, program bantuan rumah sama ada pembinaan baru atau membaik pulih rumah untuk penduduk-penduduk miskin luar bandar juga dilaksanakan di bawah NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar.

Pada tahun 2013, GTP2.0 telah diperkenalkan bagi mewujudkan kesinambungan kepada inisiatif yang masih belum dicapai semasa GTP1.0, kesan daripada kekangan bajet.  Di bawah NKRA Pembangunan Luar Bandar untuk GTP2.0, selain memfokuskan kepada penyediaan infrastruktur asas luar bandar, ia juga memberi penekanan kepada meningkatkan ekonomi masyarakat luar bandar. Oleh yang demikian, terdapat dua komponen yang diutamakan iaitu Infrastruktur Asas Luar Bandar dan Kampung Abad Ke-21.

NKRA Infrastruktur Asas Luar Bandar

      1. Sasaran dan Pencapaian NKRA Semasa
        1. Tahun 2010 – 2016
        2. Tahun 2017
      2. Program Transformasi Kerajaan – Ringkasan Eksekutif
      3. Laman Web PEMANDU
      4. Video GTP
        1. Video ringkasan GTP
        2. Rural Basic Infrastructure (RBI) NKRA
        3. The Official GTP Channel