Pengenalan

  • Menyediakan kemudahan kelas bimbingan tambahan secara percuma kepada pelajar di kawasan luar bandar bagi mempertingkatkan tahap penguasaan mata pelajaran teras dan pencapaian akademik sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan.

Kumpulan Sasar

  • Pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR dan SPM
  • Daripada keluarga berpendapatan rendah (bawah RM3,500)
  • Tumpuan kepada pelajar berprestasi sederhana/lemah

Mata Pelajaran

  • Memberi tumpuan kepada mata pelajaran di peringkat UPSR dan SPM.
  • UPSR – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
  • SPM – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Sains dan Sejarah

Penyediaan Guru

  • Pemilihan guru melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

Kaedah Tuisyen

  • Maksimum (30) pelajar di dalam satu kelas tuisyen
  • Kelas tuisyen biasa secara mingguan
  • Seminar Peperiksaan, Kelas Intensif dan Motivasi Kecemerlangan

Agensi Pelaksana

  • Yayasan Pelajaran MARA(YPM), RISDA, FELCRA, KESEDAR, KETENGAH, KEJORA, KEDA & JAKOA