PROGRAM PENGUPAYAAN KOMUNITI LUAR BANDAR (PPKLB)

LATAR BELAKANG

Pelaksanaan PPKLB melibatkan pelbagai lapisan umur dan masyarakat khususnya di luar bandar. PPKLB merupakan suatu program yang memberi fokus terhadap pemerkasaan institusi JKKK /JKKKP, pengiktirafan JKKK /JKKKP berprestasi tinggi,  pengwujudan program latihan berkala mengikut tahap pencapaian dan mekanisme pemantauan prestasi yang sistematik di peringkat penggerak, daerah dan negeri.

 

AKTIVITI TAHUN 2015

 

Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang tahun 2015 selaras dengan dasar dan strategi pembangunan modal insan luar bandar. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

 

Majlis Penyampaian Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan Tahun 2014

Majlis yang berlangsung pada 30 Mei 2015 ini telah disempurnakan  oleh YAB PM di Kampung Kurong Tengar, Perlis. Majlis diadakan sebagai penghargaan kepada kampung-kampung yang bertanding bagi setiap kategori. Senarai pemenang adalah seperti berikut :

KAMPUNG TRADISIONAL

BIL.
KATEGORI
KAMPUNG PEMENANG
1. DESA WAWASAN Kampung Kurong Tengar, Kangar, Perlis
2. Kampung Parit Tengah, Mk 12, Batu Pahat, Johor

 

RUMAH PANJANG

BIL.
KATEGORI
KAMPUNG PEMENANG
1. RUMAH PANJANG TERBAIK Rh. Changgan, Ng. Ijit, Julau, Sarikei, Sarawak

 

 

KAMPUNG BARU CINA

 

BIL.
KATEGORI
KAMPUNG PEMENANG
1. JOHAN Kampung Baru Bagan Samak, Bandar Baharu, Kedah
2. NAIB JOHAN Kampung Baru Yong Peng, Batu Pahat, Johor
3. TEMPAT KETIGA Kampung Baru Sri Lalang, Kluang, Johor

 

KAMPUNG ORANG ASLI

 

BIL.
KATEGORI
KAMPUNG PEMENANG
1. JOHAN Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Kuala Langat, Selangor
2. NAIB JOHAN Kampung Orang Asli Bukit Kepong,
Port Dickson, Negeri Sembilan
3. TEMPAT KETIGA Kampung Orang Asli Sungai Layau
Kota Tinggi, Johor

 

ads1m-2014-2 ads1m-2014-1

 

Pertandingan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Tahun 2015
Pertandingan ADS1M 2015 melalui kerjasama KPKT dan JAKOA telah dilaksanakan di 3 peringkat iaitu Daerah, Negeri dan  Kebangsaan dengan penyertaan sebanyak 662 buah kampung tradisional.

 

ads1m-2015-1 ads1m-2015-2

 

MyREZEKI Fest

Program MyREZEKI Fest merupakan satu program yang mensasarkan golongan belia luar bandar non produktif berumur 18-35 tahun. Objektif utama program ini adalah bagi memastikan golongan belia luar bandar  mempunyai keyakinan diri yang tinggi, kesedaran agama yang kuat serta mengenali bakat potensi/ minat terpendam bagi merancang kerjaya masa depan masing-masing dalam bidang pekerjaan, perniagaan atau kemahiran.

 

myrezeki-1 myrezeki-2

 

Program Jati Diri Remaja Ideal (RIJAL)

Program RIJAL merupakan program yang mensasarkan remaja luar bandar berusia 16 – 19  tahun agar menguasai jati diri iMASK (Ihsan, Moral, Attitude, Skill & Knowledge) yang mantap, di samping memiliki nilai-nilai patriotisme yang tinggi.

 

jati-diri-1 jati-diri-2

 

Pemantauan Prestasi PT-4

Program ini telah dilaksanakan di 3 peringkat iaitu peringkat Penggerak, peringkat Daerah dan peringkat Negeri yang melibatkan seramai 855 orang Penggerak dan 8,696 JKKK/JKKKP dari seluruh Malaysia. Tujuan utama program adalah untuk melapor dan memantau prestasi pencapaian KPI JKKK/JKKKP secara berterusan.

 

pemantauan-prestasi-1 pemantauan-prestasi-2

 

Program Mentor-Menti

Program ini adalah program yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada JKKK/JKKKP dan menggalakkan perkongsian maklumat untuk melahirkan institusi kepimpinan yang amanah, berdikari dan cekap. Program ini melibatkan 43 buah Kampung Mentor  iaitu kampung yang mendapat 3 tempat teratas dalam ADS1M Peringkat Negeri dan 215 Kampung Menti.

 

 

mentor-menti-1 mentor-menti-2

 

Konvensyen Mentor-Menti

Program ini secara keseluruhannya adalah untuk memberi pendedahan dan   menggalakkan perkongsian maklumat untuk melahirkan institusi kepimpinan yang amanah, berdikari dan cekap serta memberi pengiktirafan kepada semua pihak yang berjaya menggerakkan penglibatan aktif komuniti setempat. Ia melibatkan 43 buah Kampung Mentor  iaitu kampung yang mendapat 3 tempat teratas dalam ADS1M Peringkat Negeri dan 215 Kampung Menti.

 

konvensyen-mm-1 konvensyen-mm-2

 

PROGRAM PEMERKASAAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) / JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KEMAJUAN PERSEKUTUAN (JKKKP)

LATAR BELAKANG

Keseragaman dan penyelarasan pelaksanaan Model Baharu JKKK/JKKKP seperti yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 22 Julai 2013 telah digiatkan lagi dengan penerbitan Buku Tatacara Pengurusan JKKK dan JKKKP. Pelbagai inisiatif bagi memantapkan institusi tersebut telah dilaksanakan pada tahun 2015 seperti program pengupayaan komuniti, outreach, kursus, seminar dan taklimat melibatkan kerjasama daripada pelbagai Kementerian dan Agensi Kementerian termasuk Badan Bukan Kerajaan.

 

 

KEDUDUKAN PERJAWATAN JKKK/JKKKP TAHUN 2015 Bilangan perjawatan JKKK/JKKKP bagi tahun 2015 melibatkan 15,894 JKKK/JKKKP dengan perincian setiap negeri seperti jadual di bawah:

 

 

Bilangan Perjawatan JKKK/JKKKP Tahun 2015

jkkk-1

 

Pelbagai program telah diatur sepanjang tahun 2015 bagi memperkasa institusi JKKK/JKKKP ini. Mereka turut dibekalkan dengan informasi semasa berkaitan inisiatif kerajaan supaya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat setempat. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti jadual di bawah:

 

 

Bil.

Program

Pelaksanaan

1

Program Outreach JKKK/JKKKP

Ogos – Oktober 2015

2

Program Gotong-Royong Pembersihan Kampung

Mac – Julai 2015

3

Program Gotong-Royong Kebersihan, Keceriaan dan Kesihatan

Julai hingga Disember 2015

4

Lawatan Integrasi Desa

 April hingga Disember 2015

5

Taklimat Pelantikan Pengerusi JKKK/JKKKP sebagai Penolong Pendaftar Pemilih (PPP)

Mac – Disember 2015

6

Seminar Penggerak dan JKKK/JKKKP

Jun – Disember 2015

7

Program KKLW Community Social Responsibility (KCSR)

Jun 2015

8

Program Majlis Pembangunan Luar Bandar

Disember 2015

9

Kursus Pemantapan JKKK Negeri Sabah

September 2015

Pelaksanaan Program Pemerkasaan JKKK / JKKKP 2015

 

GAMBAR AKTIVITI PROGRAM PEMERKASAAAN JKKK/JKKKP

 

taklimat-pelantikan program-gotong-royong

Sesi penerangan semasa Taklimat Pelantikan Pengerusi JKKK Negeri Melaka sebagai Penolong Pendaftar Pemilih pada 16 Mac 2015 bertempat di Auditorium Seri Negeri, Melaka.

Aktiviti membersihkan kawasan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gua Musang oleh anggota JKKKP sempena Program Gotong-royong Pembersihan Kampung pada 27 Januari 2015.
 program-lawatan-integrasi-desa  program-outreach-yb-menteri
Peserta Kampung Selanyau dan Kampung Kelulit, Miri, Sarawak yang mengikuti Program Lawatan Integrasi Desa pada 16 hingga 19 Oktober 2015 ke Kampung Kurong Tengar, Perlis bergambar kenangan. Program Outreach YB Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bersama JKKK Negeri Kedah pada 14 Ogos 2015 di Alor Setar, Kedah

PROGRAM MINI RURAL TRANSFORMATION CENTRE (MINI RTC)

LATAR BELAKANG

Program Mini RTC adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam usaha mempercepatkan transformasi luar bandar sebagai kawasan yang produktif, maju dan berdaya saing melalui program merapatkan jurang digital dan sebagai pusat sehenti komuniti luar bandar bagi mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.

 

Mini RTC merupakan Medan Infodesa (MID) yang telah dinaiktaraf secara berperingkat mulai tahun 2012. Inisiatif transformasi MID kepada Mini RC adalah selaras dengan ucapan YAB Perdana Menteri dalam pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 di bawah tajuk Pusat Transformasi Luar Bandar. Terdapat sebanyak 213 buah Mini RTC di seluruh negara yang mana turut dipantau oleh agensi penyelaras di bawah KKLW iaitu KEDA, KEJORA, KETENGAH, KESEDAR, FELCRA, RISDA, JAKOA, MARA dan PCN Negeri.

 

MATLAMAT

Menjadi platform kepada agensi kerajaan/swasta/NGO untuk menyampaikan  perkhidmatan dan maklumat kepada masyarakat luar bandar.

 

FUNGSI MINI RTC

4-fungsi-mrtc

4 Fungsi Mini RTC

F1: Latihan Komuniti

Latihan Komuniti merujuk kepada fungsi Mini RTC dalam memberi latihan kepada penduduk setempat merangkumi latihan kemahiran desa dan latihan ICT.

f1-latihan-komuniti

 

F2: Pusat Perkhidmatan Setempat (Kaunter Bergerak dan Servis Kewangan)

Pusat Perkhidmatan Setempat merujuk kepada fungsi Mini RTC menyediakan perkhidmatan secara kolaborasi bersama agensi kerajaan/swasta iaitu perkhidmatan Servis Kewangan (cth: Ejen Bank Berdaftar) dan Kaunter Bergerak/Buka Kaunter di Mini RTC (cth: klinik bergerak, pos bergerak, ASB, JPJ, bayar cukai dll).

f2-perkhidmatan-setempat

F3: Khidmat Sukarelawan

Khidmat Sukarelawan merujuk kepada fungsi Mini RTC mengadakan program/aktiviti berbentuk kesukarelaan kepada penduduk setempat (cth: gotong-royong, KOSPEN, tuisyen, keagamaan, kursus banjir/kebakaran dll).

 

f3-khidmat-sukarelawan

 

F4: Pusat Pengumpulan Hasil Tani/IKS

Pusat Pengumpulan Hasil Tani/IKS merujuk kepada fungsi Mini RTC dalam menyediakan perkhidmatan sebagai pusat untuk mengumpulkan hasil tani/ produk IKS penduduk setempat. Aktiviti yang boleh dikategorikan dalam fungsi ini antaranya menjual produk IKS/hasil tani di Mini RTC, membuka booth pameran/jualan produk semasa karnival Mini RTC atau membawa produk penduduk untuk pameran/jualan di karnival/pesta anjuran agensi luar dan juga pemasaran produk secara online.

 

f4-pusat-pengumpulan-hasil-tani-iks

 

PENGLIBATAN MINI RTC DALAM PELAKSANAAN NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)

Pelbagai program dilaksanakan oleh Mini RTC bagi menjayakan lapan inisiatif Mini RTC. Pelaksanaan program adalah berasaskan pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang melibatkan penggembelengan tenaga dengan pelbagai agensi kerajaan, swasta dan organisasi bukan kerajaan. Peranan Mini RTC sebagai agen transformasi luar bandar diiktiraf menerusi penglibatannya di dalam pelaksanaan NBOS iaitu NBOS 4, NBOS 5, NBOS 8 dan NBOS 9.

 

nbos-mini-rtc-1

nbos-mini-rtc-2

Contoh produk usahawan bimbingan Mini RTC hasil usahasama NBOS

 

DEMOGRAFI

demografi

 

jadual-statistik-mrtc-2016

 

STATISTIK MINI RTC TAHUN 2016 (JAN- JUN)

statistik-mini-rtc-tahun-2016-jan-jun

Statistik bilangan aktiviti latihan, kolaborasi dan karnival Jan-Jun 2016

statistik-bilangan-pengguna-internet-di-mrtc

Statistik bilangan pengguna internet di MRTC mengikut negeri sepanjang Jan-Jun 2016