LATAR BELAKANG PROGRAM IJAZAH LUAR NEGARA (PILN)

Program Ijazah Luar Negara (PILN) ini ditawarkan kepada pelajar Orang Asli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STPM, Diploma serta Ijazah dan mendapat CGPA 3.00 dan keatas. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama beberapa agensi penajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Jabatan ini akan membantu pelajar yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti program ini dari segi mendapatkan tempat di University luar negara serta membantu kos sampingan yang diperlukan seperti kelas Bahasa Inggeris, perbelanjaan peperiksaan IELTS, pemeriksaan kesihatan, VISA, passport, komputer riba serta wang pendahuluan diri pelajar.

JAKOA juga membuat Program Pemantauan dan Mengiringi Penghantaran Pelajar Orang Asli yang berjaya mendapat tawaran ke Luar Negara. Program ini dilaksanakan bertujuan untuk memastikan kebajikan dan urusan berkaitan pendaftaran pelajar Orang Asli yang melanjutkan pengajian ke Luar Negara berada dalam keadaan yang terjamin. Di samping itu, program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan dan kerjasama yang erat antara pihak jabatan dengan pelbagai agensi berkaitan di Luar Negara seperti Kedutaan atau Konsulat Malaysia, Malaysia Student Department (MSD), pihak pengurusan universiti, pejabat MARA dan JPA di negara berkenaan.

Program ini merupakan KPI (Key Performance Index) bagi YB Menteri KKLW mulai tahun 2012. Pada 2016, YB Menteri telah mensasarkan seramai 15 orang pelajar Orang Asli mendapat tawaran belajar ke universiti di luar negara. Dalam tahun 2016, seramai 18 orang pelajar Orang Asli layak menyambung pengajian ke luar negara dimana 10 pelajar telah mendapat tawaran dan 2 (dua) daripadanya masih menunggu surat tawaran daripada pihak universiti.

Dalam tahun 2016 seramai 72 Orang Pelajar Orang Asli telah dan akan  melanjutkan pengajian ke luar negara di peringkat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Kedoktoran dalam pelbagai bidang seperti data dibawah :

piln1

Program Ijazah Luar Negara ini merupakan satu strategi kerajaan kearah meningkatkan peluang bagi pelajar- pelajar Orang Asli mendapat pendidikan ke peringkat yang tertinggi khususnya di Universiti luar negara.