PROGRAM PENGUPAYAAN KOMUNITI LUAR BANDAR (PPKLB)

LATAR BELAKANG

Pelaksanaan PPKLB melibatkan pelbagai lapisan umur dan masyarakat khususnya di luar bandar. PPKLB merupakan suatu program yang memberi fokus terhadap pemerkasaan institusi JKKK /JKKKP, pengiktirafan JKKK /JKKKP berprestasi tinggi,  pengwujudan program latihan berkala mengikut tahap pencapaian dan mekanisme pemantauan prestasi yang sistematik di peringkat penggerak, daerah dan negeri.

 

AKTIVITI TAHUN 2017

Pelbagai program telah dilaksanakan sepanjang tahun 2017 selaras dengan dasar dan strategi pembangunan modal insan luar bandar. Antara program yang dilaksanakan adalah seperti berikut :

 

PERTANDINGAN ANUGERAH DESA PERDANA 2017

Pada tahun 2017, Bahagian Komuniti Desa dengan kerjasama  Agensi Kementerian serta pelbagai Agensi Kerajaan telah menjayakan Pertandingan Anugerah Desa Perdana (ADP) yang merupakan pertandingan kampung berprestij. Pelaksanaan pertandingan ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan kawasan luar bandar dan melahirkan kampung berprestasi tinggi.

Pertandingan ini melibatkan tiga kategori utama iaitu Kategori Kampung Tradisional, Kampung Orang Asli dan Rumah Panjang. Pertandingan bermula dari peringkat Daerah/Zon/Bahagian seterusnya pemenang akan bertanding di peringkat negeri dan pemenang peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing bertanding di peringkat kebangsaan.

Acara kemuncak bagi pertandingan ini ialah Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 yang diadakan bersama Perhimpunan JKKK/P/OA bertempat di Dewan Tuan Razak 1, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2017 dan majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.

 

PEMENANG ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017

 1
2
3

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH DESA PERDANA PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2017 BERTEMPAT DI PWTC, KUALA LUMPUR PADA 22 OGOS 2017

Ketibaan YB Menteri KKLW disambut mesra oleh penduduk kampung yang hadir

5

Ketibaan YAB Perdana Menteri ke Majlis Penyampaian ADP

Peringkat Kebangsaan Tahun 2017

6

Ucapan Aluan oleh YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob,

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

7

Ucaptama oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak

8

YAB Perdana Menteri menyampaikan cek dan piala

kepada wakil kampung Baru Kemasik selaku Johan Kategori Kampung Tradisional

9

Wakil Rumah Bengau, Ng Sut, Kapit bergambar kenangan

bersama YB Datuk Timbalan Menteri I, KKLW dan YBhg. Datuk KSU KKLW

10

Penduduk Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh bergambar bersama

cek yang dimenangi selaku Johan kategori Kampung Orang Asli