Decrease Font Reset Font Increase Font | Red Scheme Green Scheme Blue Scheme | W3C Disability Access
Teks Suara : Text to Voice
Profil
 

KKLW Minister

Perkembangan dalam teknologi maklumat dan komunikasi ke atas aspek kehidupan sekarang ini telah mempengaruhi cara kita bermasyarakat dan melaksanakan urusan harian. Sehubungan dengan itu, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah sentiasa peka kepada perkembangan-perkembangan tersebut.

Sebagai sebuah Kementerian yang bertanggungjawab terhadap kemajuan luar bandar, Kementerian ini akan sentiasa berusaha memberikan maklumat dan menyediakan perkhidmatan agar menepati keperluan pelanggannya.

Kandungan laman web ini akan sentiasa dikemas kini dari segi maklumat, gaya persembahan, dan kemudahan berurusan. Kandungan maklumat mengenai objektif dan fungsi kementerian serta program dan projek yang dilaksanakan diharap dapat menjadi rujukan dan panduan yang berguna kepada semua pengguna.

Selain itu, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan objektif dan fungsi agensi-agensi di bawah Kementerian ini seperti KEMAS, JHEOA, INFRA, MARA, RISDA, FELCRA, KEDA, KEJORA, KETENGAH, dan KESEDAR juga dapat diperoleh melalui laman ini.

Terima kasih dan selamat maju jaya. Wassalam.

Dato' Seri Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

 

 
  Pautan  
 
Pemudah Portal Anakku SME Info Public Complaint Bureau Mampu MSC MyGov MyId MyIdeas JKJR IIM
 
     

 


Hakcipta Terpelihara 2010 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024


RSS