| |
|
|
 |
Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kumpulan Sasar
Terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal (IT), Surirumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) Miskin Tegar yang produktif, iaitu:
- Tidak uzur
- Tamat persekolahan
- Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan Projek
Komponen Dan Kadar Bantuan
Menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan (maksimum RM 10,000) bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi seperti:
- kursus persediaan / latihan pra-pelaksanaan
- peralatan / mesin
- bengkel / premis / ruangniaga
- bahan mentah
- modal pembangunan & operasi
Di bawah program PPP untuk tempoh RMKe9 projek-projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan kepada empat (4) kategori iaitu:
- Perusahaan sumber asas tani seperti perusahaan memproses gula, perusahaan membuat hasil produk daripada rotan dan anyaman mengkuang dan nipah, perusahaan membuat kek dan roti, perusahaan ubatan tradisional daripada herba tempatan dan sebagainya.
- Perniagaan seperti berniaga secara kecil-kecilan di ruang atau sudut perniagaan atau kiosk, perniagaan makanan dan minuman, penjaja statik atau bergerak, dsb.
- Aktiviti perkhidmatan seperti aktiviti-aktiviti menjahit dan reka fesyen pakaian, mengusahakan kedai gunting rambut dan salon kecantikan, menjalankan khidmat urut tradisional dan sebagainya.
- Aktiviti Pertanian
Kaedah Pelaksanaan
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Agensi-agensi KKLW.
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta.
- Kementerian / Agensi lain.
Muat Turun:
Borang Permohonan Projek Ekonomi Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
|
Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar menyertai atau menjalankan projek-projek ekonomi dalam pelbagai sektor. Matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan keluarga serta meningkatkan taraf hidup dan seterusnya mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.
Kumpulan Sasar
Terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Ibu Tunggal (IT), Surirumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) Miskin Tegar yang produktif, iaitu:
- Tidak uzur
- Tamat persekolahan
- Berminat dan berazam kuat untuk menjalankan Projek
Komponen Dan Kadar Bantuan
Menyediakan bantuan kewangan (seed money) dan khidmat pengurusan bagi pelaksanaan projek-projek ekonomi seperti:
- kursus persediaan / latihan pra-pelaksanaan
- peralatan / mesin
- bengkel / premis / ruangniaga
- bahan mentah
- modal pembangunan & operasi
Di bawah program PPP untuk tempoh RMKe9 projek-projek ekonomi yang dijalankan adalah berasaskan kepada empat (4) kategori iaitu:
- Perusahaan sumber asas tani seperti perusahaan memproses gula, perusahaan membuat hasil produk daripada rotan dan anyaman mengkuang dan nipah, perusahaan membuat kek dan roti, perusahaan ubatan tradisional daripada herba tempatan dan sebagainya.
- Perniagaan seperti berniaga secara kecil-kecilan di ruang atau sudut perniagaan atau kiosk, perniagaan makanan dan minuman, penjaja statik atau bergerak, dsb.
- Aktiviti perkhidmatan seperti aktiviti-aktiviti menjahit dan reka fesyen pakaian, mengusahakan kedai gunting rambut dan salon kecantikan, menjalankan khidmat urut tradisional dan sebagainya.
- Aktiviti Pertanian
Kaedah Pelaksanaan
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Agensi-agensi KKLW.
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta.
- Kementerian / Agensi lain.
Muat Turun:
Borang Permohonan Projek Ekonomi Program Peningkatan Pendapatan (PPP)
|
Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan kemudahan fizikal iaitu bangunan TASKA dan peralatan di kawasan-kawasan yang mempunyai ramai penduduk miskin tegar dan mempunyai anak-anak yang masih kecil. Pelaksanaan program ini adalah secara sinergi dengan program KEMAS yang menyediakan tenaga pengasuh terlatih dan operasi harian TASKA.
Menyediakan kemudahan pembelajaran kepada anak-anak golongan kumpulan sasar bagi mendapatkan asuhan dan pra-pendidikan yang baik bagi membolehkan ibu-ibu melaksanakan aktiviti menambah pendapatan keluarga.
Kumpulan Sasar
Keluarga miskin tegar yang mempuyai anak-anak berumur 1-4 tahun yang tinggal di penempatan:
- Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)
- Program Bersepadu Desa Terpencil (PROSDET)
- petempatan masyarakat Orang Asli
- kampung-kampung yang mempunyai bilangan penduduk miskin tegar
Komponen Dan Kadar Bantuan
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi menyediakan bangunan dan peralatan baru serta bantuan pemulihan bangunan dan peralatan sedia ada.
|
Bil
|
Komponen Program
|
Sub Komponen
|
Negeri/Wilayah
|
Anggaran Kos (RM)
|
|
1.
|
Bangunan
|
Pembinaan Bangunan
|
Semenanjung:
Sabah & Sarawak & Labuan
|
150,000
170,000
|
|
2.
|
Peralatan
|
|
Semenanjung:
Sabah & Sarawak & Labuan
|
20,000
26,000
|
|
3.
|
Baikpulih bangunan dan gantian peralatan yang lama
|
|
Semenanjung:
Sabah & Sarawak
|
Kos sebenar
|
Kaedah Pelaksanaan
- Program dilaksana secara sinergi dengan program KEMAS.
- Pembinaan bangunan TASKA dilaksanakan oleh Unit Khidmat Teknikal, KKLW
- Peralatan, tenaga pengasuh dan operasi harian dilaksanakan oleh KEMAS.
|
Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan anak-anak kumpulan sasar yang berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah menikmati pakej makanan tambahan yang seimbang dan berkhasiat. Matlamat program ini ialah untuk membantu pertumbuhan fizikal dan keupayaan belajar anak-anak kumpulan sasar yang bersekolah.
Kumpulan Sasar
Golongan miskin tegar terutamanya Ketua Isi Rumah (KIR) atau Ibu Tunggal (IT) dan KIR kurang upaya yang mempunyai Ahli Isi Rumah (AIR) berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah.
Komponen Dan Kadar Bantuan
Setiap penerima bantuan akan diberi 5 pakej bakul makanan tambahan setahun dan disediakan mengikut nasihat Kementerian Kesihatan. Harga maksimum satu bakul makanan mengikut kawasan yang ditetapkan seperti berikut:
|
Kawasan
|
Harga Sebakul (RM)
|
|
Semenanjung Malaysia
|
110.00
|
|
Sarawak
|
125.00
|
|
Sabah & W.P Labuan
|
130.00
|
Pakej A
Bil |
Kandungan Bakul
|
Kuantiti Untuk Satu Bungkusan (Kotak)
|
|
1
|
Bijirin: Cornflakes
|
1 paket
|
|
2
|
Cucur Segera: Bilis
|
2 paket
|
|
3
|
Kismis
|
2 paket
|
|
4
|
Susu Tepung Penuh Krim
|
1 Kg
|
|
5
|
Multivitamin
|
60 biji
|
|
6
|
Biskut: Tiger Susu
|
2 paket
|
|
7
|
Biskut: Chipsmore
|
2 paket
|
|
8
|
Milo
|
1 paket besar
|
|
9
|
Keropok Ikan (mentah)
|
1 paket besar
|
Pakej B
Bil |
Kandungan Bakul
|
Kuantiti Untuk Satu Bungkusan (Kotak)
|
|
1
|
Bijirin: Koko Crunch
|
1 paket
|
|
2
|
Cucur Segera: Udang
|
2 paket
|
|
3
|
Kismis
|
2 paket
|
|
4
|
Susu Tepung Penuh Krim
|
1 Kg
|
|
5
|
Multivitamin
|
60 biji
|
|
6
|
Biskut: Marie
|
2 paket
|
|
7
|
Biskut: Oreo
|
2 paket
|
|
8
|
Ovaltine
|
1 paket besar
|
|
9
|
Keropok Ikan (mentah)
|
1 paket besar
|
Pakej C
Bil |
Kandungan Bakul
|
Kuantiti Untuk Satu Bungkusan (Kotak)
|
|
1
|
Bijirin: Nestum
|
1 paket
|
|
2
|
Cucur Segera: Lemak Manis
|
2 paket
|
|
3
|
Kismis
|
2 paket
|
|
4
|
Susu Tepung Penuh Krim
|
1 Kg
|
|
5
|
Multivitamin
|
60 biji
|
|
6
|
Biskut: Wheatmeal
|
2 paket
|
|
7
|
Biskut: Teddy Bear
|
2 paket
|
|
8
|
Horlicks
|
1 paket besar
|
|
9
|
Keropok Ikan (mentah)
|
1 paket besar
|
Kaedah Pelaksanaan
Program akan dilaksanakan melalui Ibu Pejabat KEMAS kerjasama KEMAS Negeri-negeri meliputi perolehan, pengagihan bantuan dan mengenalpasti bakal penerima bantuan. Bakal-bakal penerima bantuan dikenalpasti melalui syarat berikut:
- Mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah dan bersekolah; dan
- Ketua Isi Rumah (KIR)/ ibu tunggal (IT) miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar - Sistem SPKR.
|
Program ASB-Sejahtera
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan secara geran bagi perolehan saham ASB oleh peserta. Matlamat program ialah untuk memberi tambahan pendapatan kepada golongan miskin tegar di luar bandar.
Kumpulan Sasar
- Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar yang produktif dan berdaftar di bawah Sistem e-Kasih atau Sistem SPKR
- Ibu Tunggal yang mempunyai ramai tanggungan dan berdaftar di bawah Sistem SPKR
- tidak menerima bantuan di bawah program ASB-PPRT atau sebarang bantuan amanah saham daripada mana-mana agensi
- mempunyai pelaburan ASB kurang daripada RM 1,000.
Komponen dan Kadar Bantuan
Peserta akan disediakan peruntukan kewangan sebanyak RM5,000 untuk dilaburkan bagi perolehan saham ASB. Peserta hanya akan menerima dividen tahunan sahaja tanpa mempunyai sebarang hak ke atas dana tersebut yang masih kekal menjadi hak milik Kerajaan.
Kaedah Pelaksanaan
Melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
- Amanah Raya Berhad (selaku pemegang amanah) dan Amanah Saham Nasional Berhad
- Hanya menerima dividen tahunan hasil pelaburan pokok dalam ASB
- Pelaburan pokok ASB (RM 5, 000 seorang) kekal menjadi hak milik Kerajaan
Para peserta dikenalpasti melalui Sistem e-Kasih atau Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar - Sistem SPKR dan perlu menepati syarat tersebut:
- Golongan miskin tegar
- Belum pernah mendapat ASB-PPRT atau bantuan sara hidup lain
- Mendapat sokongan Pejabat Daerah dan pemimpin tempatan.
|
Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan untuk membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan insan. Matlamat program ialah untuk membangunkan minda dan sikap kumpulan sasar supaya lebih bermotivasi untuk berusaha meningkatkan ilmu, kemahiran dan pendapatan keluarga.
Kumpulan Sasar
Golongan miskin tegar luar bandar yang produktif terdiri daripada Ketua Isi Rumah (KIR), Suri Rumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) tidak bersekolah yang produktif dan berdaftar di bawah Sistem e-Kasih atau Sistem Maklumat KIR Miskin Tegar – Sistem SPKR.
Komponen Dan Kadar Bantuan
Program ini melibatkan komponen kursus-kursus motivasi dan perubahan sikap, pembangunan insan, kem sahsiah dan bengkel kebahagiaan dan kecemerlangan keluarga (semua kursus boleh disisipkan lawatan sambil belajar). Setiap komponen disesuaikan mengikut kategori kumpulan sasar.
Bagi setiap kategori kursus kadar bantuan maksimum bagi setiap peserta adalah RM1,500.
Kaedah Pelaksanaan
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Agensi-agensi KKLW
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
- Kementerian / Agensi lain
Program akan dilaksanakan menerusi agensi-agensi pelaksana di negeri-negeri yang akan menggunakan perkhidmatan syarikat-syarikat pengendali kursus yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE) namun program ini dilaksanakan semula oleh KKLW mulai 2008.
|
Program Bantuan Rumah (PBR)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka.
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar yang berdaftar dengan Sistem e-Kasih atau SSPKR.Keutamaan akan diberikan kepada:
- Golongan tua
- Uzur dan cacat
- Ibu tunggal yang mempunyai ramai tanggungan.
Penerima bantuan perlu memiki tanah sendiri atau mempunyai kelulusan bertulis daripada pihak berkenaan sekiranya menyewa/menumpang tanah milik orang lain/Kerajaan.
Komponen dan Kadar Bantuan
Komponen projek di bawah PBR terbahagi kepada 3 kategori:
- Membina Semula/Bina Baru
- Membaikpulih Rumah; dan
- Membaiki Kerosakan Rumah Kerana Ditimpa Bencana
Kadar Bantuan Yang Diluluskan:
|
Bil
|
Negeri
|
Bina Baru (RM)
|
Baik Pulih
(Maksimum)
(RM)
|
|
2 Bilik
|
3 Bilik
|
Kadar Bantuan Sekarang
|
|
Kadar Bantuan Maksimum Sekarang
|
Kadar Bantuan Maksimum Sekarang
|
|
1
|
Semenanjung
|
29,300
|
33,000
|
11,000
|
|
2
|
Sabah, Sarawak & W.P. Labuan
|
33,600
|
40,000
|
12,000
|
Kaedah Pelaksanaan
Senarai permohonan bantuan PBR dikenalpasti untuk kelulusan KKLW berasaskan sumber yang diperakukan oleh agensi pelaksana peringkat negeri dari Daftar dan Profil KIR Miskin Tegar atau menerusi Pendaftaran Terbuka yang diuruskan oleh Pejabat Daerah/agensi pelaksana. Pelaksanaan projek boleh dibuat secara:
- Gotong-royong
- Pelantikan kontraktor Kelas F oleh agensi peneraju mengikut prosedur kewangan semasa.
* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE). KKLW akan meneruskan semula pelaksanaannya mulai tahun 2008.
Muat Turun:
Borang Permohonan Program Bantuan Rumah (PBR)
Borang Kebenaran Tanah
|
Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membangunkan kawasan-kawasan penempatan kumpulan sasar samada secara in-situ atau penempatan baru. Matlamat utama program adalah untuk membolehkan kumpulan sasar di kawasan-kawasan terpencil menikmati kemudahan-kemudahan asas pembangunan melalui penyediaan kemudahan, perumahan, infrastruktur, utiliti dan ameniti sosial dan menyertai arus perdana pembangunan.
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar bagi program ini ialah keluarga miskin tegar dan isi rumah berpendapatan kurang dari separuh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Keutamaan akan diberi kepada ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar:
- mempunyai ramai tanggungan
- tidak mempunyai tanah / rumah sendiri
- tinggal di kawasan terdedah bencana alam atau terpencil
- penempatan semula masyarakat Orang Asli
- penempatan semula kumpulan minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak
Komponen dan Kadar Bantuan
Program ini mengandungi empat (4) komponen yang bersepadu iaitu:
- Bantuan pembinaan rumah-rumah peserta untuk keluarga miskin tegar dan kemudahan ameniti sosial seperti dewan orang ramai, surau, bangunan TASKA, gelanggang serbaguna dan sebagainya.
- Bantuan infrastruktur dan utiliti asas meliputi kerja ukur, kerja tanah, perparitan, penyambungan bekalan air & elektrik atau kerja baik pulih kemudahan infrastruktur/utiliti penempatan sedia ada.
- Bantuan mengikuti kursus-kursus perubahan sikap, motivasi dan pembangunan pembangunan insan kepada Ketua Isi Rumah (KIR), Suri Rumah (SR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) terlibat; dan
- Bantuan menyertai projek-projek peningkatan pendapatan kepada KIR, SR dan AIR terlibat yang berada dalam kategori umur produktif.
Kaedah Pelaksanaan
Melalui agensi pelaksana yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan
- Agensi-agensi KKLW
- Jabatan / Agensi Teknikal
* Nota : Pada Tahun 2007, program ini tidak akan dilaksana oleh KKLW dan diambilalih oleh Unit Perancangan Ekonomi (UPE). KKLW akan meneruskan semula pelaksanaannya mulai tahun 2008.
|
Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya (PLKK)
[Program Peningkatan Pendapatan (PPP)]
[Program Latihan Kemahiran dan Kerjaya(PLKK)]
[Program Bantuan Rumah (PBR)]
[Program Pembangunan Masyarakat Setempat (PPMS)]
[Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP)]
[Program Pembangunan Minda Insan (PPMI)]
[Program Makanan Tambahan Seimbang (PTMS)]
[Program Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)]
[Program ASB-Sejahtera]
Konsep
Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran serta kemahiran asas MLVK (Sijil Kemahiran Malaysia SKM I dan SKM II).
Kumpulan Sasar
Kumpulan sasar program ini ialah dari golongan miskin tegar yang berdaftar dengan pangkalan data Sistem e-kasih atau SPKR. Keutamaan akan diberikan kepada golongan berikut:
- Ketua Isi Rumah (KIR) yang produktif;
- Ahli Isi Rumah (AIR) yang tidak bersekolah dan tidak bekerja;
- Ibu Tunggal (IT) miskin tegar yang mempunyai ramai tanggungan dan masih produktif;
- AIR miskin tegar yang ditanggung oleh KIR ibu tunggal; dan
- Suri Rumah (SR)/(AIR) miskin tegar yang ditanggung oleh KIR kurang upaya.
Komponen dan Kadar Bantuan
Kadar bantuan meliputi yuran pengajian, tempat tinggal, makan/minum peserta serta elaun peserta. Bagi kursus kurang tempoh sebulan, setiap peserta hendaklah diberi Elaun Hilang Pendapatan sebanyak RM25 sehari manakala bagi kursus lebih dari tempoh tersebut, Elaun Sara Hidup sebanyak RM150 sebulan hendaklah diberikan.
|
Tempoh Latihan/ Kursus
|
Kadar Bantuan Maksimum (RM)
|
|
Kurang dari 1 minggu (mengikut kesesuaian)
|
1,500
|
|
Jangka Pendek – 1 minggu hingga kurang dari 3 bulan (mengikut kesesuaian)
|
3,000
|
|
Jangka Sederhana – 3 bulan hingga kurang dari 6 bulan (mengikut kesesuaian)
|
5,000
|
|
Jangka Panjang – 6 bulan hingga kurang dari 1 tahun (mengikut kesesuaian)
|
10,000
|
|
Bagi kursus SKM I dan SKM II yang melangkau tahun semasa dan tahun berikutnya
|
15,000
|
Jenis Latihan
Kursus-kursus yang dijalankan meliputi bidang berikut:
- Pertanian (ternakan, ternak air, nursery bunga-bungaan, dll)
- Perkhidmatan (baik pulih kereta motor, baik pulih computer, dll)
- Pembuatan (kulinari, pemprosesan makanan, kraftangan, dll)
Kaedah Pelaksanaan
Program-program ini dikenalpasti melalui agensi pelaksanaan yang dilantik iaitu:
- Pejabat Pembangunan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan.
- Agensi-agensi KKlW
- Badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dan swasta
- Kementerian / Agensi lain
Muat Turun:
Borang Permohonan Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK)
|
|
 |
|
|
|
|