PELAKSANAAN PLKK OLEH AGENSI

Agensi-agensi pelaksana bagi Program PLKK pada tahun 2016 adalah melibatkan GIATMARA, FELCRA, JAKOA, KEDA, KEJORA, KESEDAR dan KETENGAH serta beberapa Pejabat Cawangan Negeri KKLW. Pelaksanaan kursus meliputi kursus jangka pendek, sederhana dan panjang. Selain dilaksanakan dengan kerjasama di antara agensi-agensi di bawah kementerian, program ini juga melibatkan syarikat pengendali latihan kemahiran swasta. Berdasarkan pemantauan, lebih daripada 70 peratus peserta mengikuti program ini telah mendapat jaminan pekerjaan sama ada bekerja makan gaji atau membuka perniagaan sendiri.

Program ini telah memberi kesan yang amat mendalam kepada para peserta program. Ini kerana kursus-kursus di bawah program ini telah memberikan impak yang positif kepada peserta iaitu telah mendapat pekerjaan dan seterusnya menambah pendapatan peserta yang dahulunya tidak mempunyai berpendapatan atau berpendapatan rendah kepada berpendapatan secara tetap.

 JENIS KURSUS YANG DITAWARKAN DI BAWAH PLKK

PLKK