Jalan Perhubungan Desa (JPD) adalah jalan-jalan yang menyambungkan di antara sebuah kampung dengan kampung yang lain atau menghubungkan kampung dengan jalan raya utama. Pelaksanaan projek ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup dan memberikan keselesaan perhubungan kepada penduduk luar bandar. Selain daripada itu, pelaksanaan projek ini juga dapat memberi kemudahan perhubungan kepada pusat-pusat kesihatan / klinik, sekolah, masjid / surau, pusat-pusat riadah serta kemudahan awam yang lain.