Jenis-jenis keahlian adalah seperti berikut: Ahli Biasa - Keahlian adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia kecuali di Sarawak yang terdiri daripada:
- Isteri anggota perkhidmatan awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malaysia.
- Anggota wanita di semua peringkat kumpulan perkhidmatan awam di Malaysia.
- Isteri anggota perkhidmatan awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia.
- Isteri anggota perkhidmatan awam yang diceraikan
- Anggota wanita perkhidmatan awam yang telah bersara.
Ahli Bersekutu Ahli bersekutu terbuka kepada: - Isteri anggota perkhidmatan awam yang belum menjadi warganegara Malaysia (kuat kuasa mulai 15 September 1993)*.
- Pekerja wanita yang digajikan oleh Persatuan.**
- Ahli-ahli dari agensi-agensi Kerajaan yang telah diswastakan.
- Ahli bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan.
- Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (*) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Kerajaan (berkuat kuasa mulai 15 September 1993).
- Keahlian seseorang ahli bersekutu dalam kategori (**) di atas akan luput dengan sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan Persatuan (berkuat kuasa mulai 15 September 1993).
Ahli Gabungan - Ahli gabungan terbuka kepada Persatuan wanita yang di Kementerian/Negeri yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan
- Keahlian ahli gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tertinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan.
Ahli Kehormat Yang Dipertua dengan Persatuan Majlis Tertinggi boleh melantik Ahli Kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat. Ahli Seumur Hidup - Ahli seumur hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan.
- Ahli seumur hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas untuk mesyuarat-mesyuarat agung di peringkat cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan.
- Ahli seumur hidup daripada agensi-agensi Kerajaan yang diswastakan* akan terus kekal menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam Persatuan.
- Ahli seumur hidup kecuali * mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-mesyuarat Agung di peringkat Cawangan dan boleh dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan. Lima orang perwakilan daripada Ahli Seumur Hidup dipilih untuk menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan.
Ahli Tak Hadir - Ahli biasa yang perlu berada di luar negeri bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri.
- Permohonan secara bertulis hendaklah dibuat kepada Bendahari Cawangan dan hendaklah mendapatkan persetujuan jawatankuasa cawangan. Bendahari hendaklah mencatatkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan dari membayar yuran
|