Senarai Pemenang Majlis Anugerah Syarikat Terbaik KKLW Tahun 2016

anugerah syarikat

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menganjurkan Majlis Anugerah Syarikat Terbaik KKLW Tahun 2016 pada 18 September 2017, bertempat di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat telah membuat penilaian ke atas Enam (6) Petunjuk Prestasi Utama (KPI) meliputi:

  • Kewangan (55%)
  • Fizikal (25%)
  • Tadbir Urus Korporat (10%)
  • Obligasi Sosial (4%)
  • Ketidakbergantungan kepada agensi (3%)
  • Inovasi / pengiktrafan (3%)

Yang ditunjukkan oleh 91 sebuah syarikat milik agensi di bawah KKLW. Sebanyak 20 syarikat telah disenarai pendekkan di bawah kategori Modal Berbayar RM5 juta keatas dan Modal Berbayar kurang RM5 juta untuk penilaian Syarikat Terbaik. Hasil penilaian dibentangkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Syarikat Terbaik KKLW Tahun 2016.

Secara umumnya, prestasinnya yang ditunjukkan oleh anak syarikat milik agensi di bawah KKLW bagi tahun 2016 adalah lebih baik berbanding 2015. Sungguhpun nilai perolehan keseluruhan syarikat sebanyak RM3.374 bilion adalah berkurangan berbanding RM3.649 bilion pada 2015, tetapi jumlah keuntungan selepas cukai (PAT) mencatatkan peningkatan sebanyak 863% kepada RM131.829 juta pada 2016 berbanding hanya RM13.680 juta pada tahun sebelumnya. Jumlah syarikat menjana keuntungan juga turut bertambah.

KOMPENAN PENILAIN SYARIKAT TERBAIK KKLW TAHUN 2016

Kompenan penilaian Syarikat Terbaik KKLW Tahun 2016 terdiri daripada:

  • Margin Keuntungan (30%)
  • Prestasi KPI (20%)
  • Dividen (20%)
  • Keuntungan Selepas Cukai (10%)
  • Nisbah Kewangan (10%)
  • Obligasi Sosial (10%)

SENARAI PENCALONAN SYARIKAT TERBAIK KKLW TAHUN 2016

Kategori Modal Berbayar Kurang RM5 Juta

10 syarikat tertinggi (markah KPI melebihi 70% dan tidak rugi)

  1. FELCRA Niaga Sdn. Bhd.
  2. RISDA Fleet Sdn. Bhd.
  3. RISDA Semaian dan Landskap Sdn. Bhd.
  4. FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd.
  5. KEDA Agrobiz Sdn. Bhd.
  6. MARA Aerospace & Technologies Sdn. Bhd.
  7. Protac Insurance Brokers Sdn. Bhd.
  8. FELCRA Training and Consultancy Sdn. Bhd.
  9. MARA Corporation Sdn. Bhd.
  10. MARA Excellent Ventures Sdn. Bhd.

Kategori Modal Berbayar RM5 Juta dan Ke Atas

10 syarikat tertinggi (markah KPI melebihi 70% dan tidak rugi)

  1. Kolej RISDA Sdn. Bhd.
  2. Permodalan FELCRA Sdn. Bhd.
  3. Universiti Teknikal MARA Sdn. Bhd.
  4. ESPEK Sdn. Bhd.
  5. RISDA Plantation Sdn. Bhd.
  6. RISDA Security and Services Sdn. Bhd.
  7. Permodalan RISDA Berhad
  8. Kolej-Poly Tech MARA Sdn. Bhd.
  9. MARA Liner Sdn. Bhd.
  10. KETENGAH Perwira Sdn. Bhd.

SENARAI PEMENANG SYARIKAT TERBAIK KKLW TAHUN 2016

Kategori Modal Berbayar Kurang RM5 Juta

 10 syarikat tertinggi (markah KPI melebihi 70% dan tidak rugi)

 Tempat Pertama: RISDA Fleet Sdn. Bhd.

Tempat Kedua: FELCRA Niaga Sdn. Bhd.

Tempat Ketiga: FELCRA Processing & Engineering Sdn. Bhd.

Kategori Modal Berbayar RM5 Juta dan Ke Atas

 10 syarikat tertinggi (markah KPI melebihi 70% dan tidak rugi)

 Tempat Pertama: Espek Sdn. Bhd.

Tempat Kedua: KETENGAH Perwira Sdn. Bhd.

Tempat Ketiga: Permodalan RISDA Berhad 3

Anugerah Syarikat TerbaikKategori Anugerah Khas YBM

*(Peningkatan Prestasi Terbaik – Lonjakan Keuntungan dan CSR)

MARA Liner Sdn. Bhd.

Sumber : KLWHARIINI