Projek Ladang Masyarakat Orang Asli (PLMOA) merupakan projek perintis tanaman getah yang berasaskan konsep perladangan dengan upah berinsentif kepada masyarakat Orang Asli dengan tujuan untuk meningkatkan pendapatan dan taraf hidup masyarakat Orang Asli yang masih dibelenggu dengan isu kemiskinan.

Projek ini dilaksanakan bermula pada tahun 2011 dan sehingga kini, sebanyak 48 Projek Ladang Masyarakat Orang Asli telah dibangunkan dengan keluasan 2,832.92 hektar melibatkan seramai 2,393 orang peserta. Pada tahun 2016, empat buah projek telah mula berhasil dan memberi manfaat kepada seramai 278 orang peserta Orang Asli.