| | |
17 Nov 1959 | Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) ditubuhkan |
1960 | RIDA diserapkan ke KPNLB untuk memaju dan menggalakan perusahaan dan pemasaran keluaran luar bandar, KEMAS ditubuhkan |
24 Dis 1960 | KPNLB mewujudkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Semula Struktur Organisasi dan Peranan FELDA |
25 Jan 1961 | 'RED Book' dilancarkan untuk menyelaras, merancang dan memantau pembangunan luar bandar |
4 Sept 1961 | Bilik Gerakan Kemajuan Kebangsaan KPNLB dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama yang bertujuan menyelaras perlaksanaan, maklumbalas dan perlaksanaan projek. |
1961 | Pejabat Kemajuan Negeri (SDO) diwujudkan dan diletakkan di bawah tanggungjawab KPNLB untuk memperhebatkan pembangunan luar bandar |
Dis 1976 | KPNLB dimansuhkan dan agensi diserapkan ke Kementerian Lain |
18 Julai 1981 | YAB Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri mengumumkan penubuhan semula KPNLB |
Okt 1990 | KPNLB ditukar nama kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB). Perpindahan masuk agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (KEJORA, KETENGAH, PERDA, KEDA, KESEDAR, DARA dan LKWJ) dan Lembaga Kemajuan Tanah (RISDA dan FELCRA) di bawah KPLB |
1993 | Perpindahan keluar FELDA dan JHEOA daripada KPLB |
1994 | Pelancaran Falsafah & Strategi Luar Bandar (FSBPLB) ke arah 2020 sebagai landasan pembangunan luar bandar. |
8 Mei 1995 | Portfolio pembasmi kemiskinan dipindahkan dari UPP,JPM ke KPLB |
31 Jan 2001 | JHEOA diletakkan di bawah tanggungjawab KPLB |
27 Mac 2004 | - KPLB dinamakan sebagai Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan kemasukkan tiga agensi, iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak, Lembaga kemajuan Bintulu dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) - Program pembasmi kemiskinan bandar dipindahkan ke Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
15 Ogos 2005 | Perpindahan keluar PERDA ke Jabatan Perdana Menteri |
1979 - 2009 | 50 tahun Kementerian |
April 2009 | Perpindahan masuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). |
Sept 2009 | Penubuhan Pejabat KKLW Cawangan Negeri. |
19 - 21 Mac 2010 | Sambutan 50 tahun KKLW diadakan di Kuala Lipis, Pahang dan dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak |
12 Okt 2010 | Pelancaran Pelan Induk Pembangunan Luar Bandar PIPLB oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abd. Razak. |
Sept 2011 | Perpindahan bangunan KKLW dari Blok D9, Kompleks D, Putrajaya ke Lot 4G8, Persiaran Perdana, Presint 4, Putrajaya |
22 Sept 2011 | Perasmian Karnival Usahawan Desa 2011 (KUD) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Laman 1Malaysia, Presint 2, Putrajaya |
18 Feb 2012 | Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di Gopeng, Perak Darul Ridzuan |
| |