CIO

Nama : YBHG. DATO’ SOLLEHUDDIN ALYUBI BIN ZAKARIA
E-mel : sollehuddin[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2066
No. Faks : 03 – 8888 2309

PERANAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO) KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
1.
Memantau pelaksanaan Pelan Strategik Teknologi Maklumat agensi yang mengandungi perancangan penggunaan IT dalam menyokong pencapaian matlamat Agensi;
2.
Memperkenalkan dan menyepadukan proses-proses yang cross functional antara Jabatan bagi menghasilkan perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan;
3.
Menyelaras pembangunan, pengendalian dan pengurusan sistem dan infrastruktur IT yang utuh dan selamat serta berdasarkan kepada ciri modular, connectivity, inter-operability dan portability;
4.
Menentukan hala tuju sistem aplikasi Agensi bagi mengurangkan masa dan kos pembangunan, penyelenggaraan dan pengoperasian;
5.
Memelihara integriti data elektronik, menggalak perkongsian maklumat dan menyediakan kaedah bagi penyebaran maklumat secara elektronik kepada pengguna-pengguna yang sah sama ada dalam atau luar Agensi;
6.
Menganggotai Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan atau Jawatankuasa Utama yang menggubal dasar dan bertanggungjawab terus kepada Ketua Setiausaha atau Ketua Jabatan/Agensi;
7.
Mempromosikan kegunaan IT yang berkesan dan seiringan untuk mencapai matlamat strategik agensi dan bertindak sebagai agen dan perintis perubahan (Champion of Change); dan
8.
Memimpin dan melibatkan Agensi dalam usaha-usaha Kerajaan untuk membangun dan melaksanakan projek IT sektor awam yang membawa dalam pengurusan dan pentadbiran Perkhidmatan Awam.