PROGRAM LATIHAN DAN KERJAYA

KONSEP

Program ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi kumpulan yang disasarkan untuk mengikuti kursus latihan kemahiran dan Kemahiran Yayasan MLVK (SKM I dan Sijil Kemahiran Malaysia SKM II)

KUMPULAN SASAR

Kumpulan sasar bagi program ini adalah golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40).  Kriteria kumpulan sasar yang layak adalah seperti berikut;

  • Disahkan sebagai miskin tegar dan miskin serta berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  • Diperaku layak dan disahkan layak oleh Focus Group Pembasmian Kemiskinan Negeri atau Daerah (FG);
  • Bagi kes-kes tertentu yang memerlukan pengecualian daripada kriteria di atas hendaklah dirujuk dan mendapat kelulusan KKLW.

JENIS LATIHAN

Kursus yang ditawarkan merangkumi bidang-bidang berikut:

  • Pembuatan dan Mekanikal (mekanik motosikal, teknologi permotoran, teknologi automotif dan lain-lain)
  • Pembinaan dan kejuruteraan (teknologi kimpalan,pendawaian elektrik, pengendalian jentera berat dan lain-lain)
  • Kesihatan dan kecantikan (salon dan spa, dandanan rambut dan lain-lain)
  • Pelancongan dan hospitaliti (penyediaan makanan, roti, pastri dan lain-lain)
  • Teknologi terkini ( industri minyak dan gas, penerbangan dan lain-lain)

KAEDAH PELAKSANAAN

Program dilaksanakan melalui agensi pelaksana yang dilantik seperti di bawah:

  • Pejabat Cawangan Negeri / Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Agensi di bawah KKLW
  • Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta
  • Kementerian / Agensi berkaitan