LATAR BELAKANG PROGRAM KEDAP JAKOA

  1. Program KEDAP JAKOA adalah Program One-Off dibawah peruntukan khas Program Transformasi Kerajaan Pelan Hala Tuju 2.0 (GTP 2.0), Rancangan Malaysia Ke-10 dibawah Inisiatif 28;
  2. Fokus utama kepada masyarakat Orang Asli pedalaman yang mempunyai kadar buta huruf yang tinggi terutama di Pahang, Perak dan Kelantan;
  3. Prinsip KEDAP berasaskan modul LEADS dari KEMAS dan modul Andragogi dari KPM;
  4. Objektif program adalah bagi mengurangkan kadar keciciran dengan cara mengurangkan kadar buta huruf;
  5. Tempoh kelas KEDAP selama 36 hari dan wajaran 1 kelas Kedap adalah seramai 30 pelajar dengan 1 orang guru;
  6. Perlaksanaan pembelajaran berdasarkan 5 modul program iaitu Kekeluargaan, Kesedaran Sivik, Ekonomi, Kesihatan dan Keselamatan;
  7. Program ini hanya diluluskan untuk perlaksanaan bagi tahun 2013 sehingga 2015. Tahun 2016 tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan yang disalurkan.

OBJEKTIF PROGRAM KEDAP JAKOA

  1. Mengurangkan kadar buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli;
  2. Mengurangkan kadar keciciran pelajar Orang Asli;
  3. Memupuk kesedaran tentang kepentingan pendidikan semasa sesi pembelajaran kepada peserta pelajar dewasa terutama golongan dewasa yang terdiri daripada ibubapa, Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR).

DATA PELAJAR KELAS DEWASA ASLI (KEDAP) TAHUN 2013-2015

1

PELAKSANAAN PROGRAM KEDAP JAKOA

Tempoh Pelaksanaan

  • Program KEDAP JAKOA dilaksanakan pada tahun 2013 sehingga 2015

Jadual Pelaksanaan

  • Program ini dilaksanakan selama 36 hari. Waktu pembelajaran adalah selama 3 jam sehari. Kelas diadakan selama 3 hari dalam satu minggu

 Wajaran 1 Kelas

  • Setiap kelas mempunyai seorang guru dan 30 orang pelajar

Lokasi Program KEDAP JAKOA

  • Lokasi  Program KEDAP JAKOA dipilih berdasarkan cadangan daripada JAKOA Negeri. Keutamaan lokasi adalah di kawasan pedalaman

Tenaga Pengajar

  • Tenaga pengajar yang dilantik adalah dalam kalangan masyarakat Orang Asli dan berkelulusan minima PMR.

Kumpulan Sasaran

  • Kumpulan sasar program adalah masyarakat Orang Asli buta huruf berumur lingkungan 25 tahun ke atas .

MODUL PEMBELAJARAN PROGRAM KEDAP JAKOA

Terdapat lima modul yang diterapkan dalam pembelajaran KEDAP JAKOA iaitu :

  • Modul Kekeluargaan
  • Modul Kesihatan
  • Modul Keselamatan
  • Modul Ekonomi
  • Modul Kesedaran Sivik

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PROGRAM KEDAP JAKOA MENGIKUT MINGGU

2

AKTIVITI PROGRAM KEDAP JAKOA

  1. Bengkel Pengenalan Program KEDAP Kepada Pegawai Kanan JAKOA
    • Bengkel ini bertujuan bagi membincangkan perlaksanaan Program KEDAP JAKOA. Bengkel ini disertai pegawai-pegawai pelaksana JAKOA Peringkat Ibupejabat, Negeri dan Daerah;
  2. Bengkel Orientasi Dan Pembentukan Alat Bantu Mengajar (ABM) Program KEDAP JAKOA Kepada Tenaga Pengajar Tahun 2015
    • Bengkel ini bertujuan bagi memberi latihan dan pendedahan dari aspek teori dan praktikal kepada Tenaga Pengajar seperti persediaan mengajar, teknik mengajar di dalam kelas, “grooming”, membentuk alat bantu mengajar dan sebagainya. Bengkel ini melibatkan 136 orang tenaga pengajar;
  3. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Program KEDAP JAKOA
    • Sesi pembelajaran kelas KEDAP diadakan selama 3 bulan atau 36 hari. Setiap peserta perlu menduduki ujian pra pada sesi awal pembelajaran bermula. Ujian ini bagi mengenalpasti sejauhmana tahap kebolehan peserta dalam membaca, menulis dan mengira. Diakhir pembelajaran, peserta perlu menduduki ujia akhir atau ujian post bagi mengenalpasti tahap membaca, menulis dan mengira peserta selepas menyertai program ini.
  4. Majlis Graduasi Program KEDAP JAKOA Tahun 2015
    • Majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan serta pengiktirafan kepada peserta-peserta dan tenaga pengajar Program KEDAP (Kelas Dewasa Asli Pribumi) JAKOA di atas usaha gigih mereka menamatkan Kelas KEDAP yang diikuti. Ia juga memeberi perangsang dan semangat kepada semua peserta Orang Asli cemerlang dan guru KEDAP cemerlang untuk terus berusaha mencipta kecemerlangan pada masa hadapan.
  5. Kajian Keberkesanan Program KEDAP JAKOA
    • Bengkel ini bertujuan bagi membuat rumusan dan kesimpulan bagi keseluruhan perlaksanaan Program KEDAP JAKOA. Selain itu, ia bagi membuat analisis akan keberkesanan program dari segala sudut kajian seperti kemahiran dan keupayaan peserta dan guru, keberkesanan kaedah pengajaran dan penyampaian guru dan penilaian terhadap potensi pelajar.

PELAKSANAAN PROGRAM KEDAP JAKOA TAHUN 2016

Pada tahun 2016, Program KEDAP JAKOA tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan yang disalurkan bagi melaksanakan program tersebut. Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli mencadangkan supaya program ini diteruskan bagi mengatasi isu buta huruf dan penguasaan kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) serta dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI PROGRAM KEDAP JAKOA TAHUN 2013-2015

Tenaga Pengajar KEDAP sedang mengajar peserta KEDAP mengenai bina ayat

4

Aktiviti pembelajaran peserta.

5

12

13

14

9

Hasil ABM peserta

6

7

Aktiviti pertanian peserta

10

11