Institut Kemajuan Desa

Profil Perkhidmatan

Pengarah Institut Kemajuan Desa

Nama : Puan Noraina binti Masduki @ Abdul Hanan
E-mel : noraina[at]infra[.]gov[.]my
No. Telefon : 03 – 8926 2401
No. Faks : 03 – 8926 5901

Objektif

  • Melatih jurulatih pengurusan pembangunan desa dan menerusi mereka, melahirkan lebih ramai tenaga penggerak yang boleh membantu memajukan kawasan dan masyarakat desa.
  • Membantu meningkatkan keupayaan petugas agensi awam, aktivis sosial dan penggerak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sebagai agen penyampai yang berkesan.
  • Menjadi pusat rujukan dan penyelidikan, pusat data dan tenaga pemikir program pembangunan desa dan pendidikan non-formal.
  • Mengarah hala tuju perubahan paradigma pengurusan pembangunan desa dalam usaha memajukan pemikiran masyarakat desa.
  • Menyumbang bantuan teknikal, khidmat nasihat dan latihan kepada negara luar serta mengendali kajian berkaitan luar bandar dengan kerjasama pertubuhan antarabangsa.

Fungsi

BAHAGIAN PENGURUSAN DESA DAN KOMUNITI

  • Merancang, menyelaras dan melaksana program latihan (bengkel, kursus, seminar dan konvensyen) yang berkualiti bagi memenuhi keperluan masyarakat desa.
  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan kursus-kursus kepada pemimpin peringkat akar umbi dan pemimpin pelapis desa.
  • Memupuk semangat kesukarelawan di kalangan pemimpin akar umbi supaya dapat mengekalkan perpaduan dan keharmonian di kalangan masyarakat desa.
  • Mencungkil inovasi di peringkat desa agar lebih berdaya maju dan berdaya saing di peringkat lebih tinggi.
  • Membudayakan penggunaan teknologi sebagai medium pemasaran produk-produk luar bandar.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN 

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program pembangunan latihan dan menyediakan jurulatih, pegawai penilai, tenaga pengajar terlatih dari kalangan pegawai INFRA, jabatan dan agensi KPLB untuk mengendalikan latihan/kursus kepada kumpulan sasar.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan kursus di peringkat Sijil Kemahiran Malaysia serta kursus-kursus kemahiran dalam bidang teknologi maklumat, pengurusan institusi masjid, kepimpinan kepada belia dan pelancongan desa kepada golongan masyarakat termasuk pemimpin/pemimpin pelapis institusi desa, pengusaha industri pelancongan desa (homestay) dan belia.

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan projek projek penyelidikan INFRA bagi mengkaji keberkesanan program INFRA; Menilai impak pelaksanaan program; Melaksanakan perananfocal point kajian KPLB dan agensi/jabatan di bawahnya; Menulis hasil penemuan penyelidikan untuk kegunaan jabatan dan tujuan perancangan; Merangka program penyelidikan yang perlu dilaksanakan; Membimbing dan menerajui projek penilaian outcome untuk program pembangunan INFRA; dan menentukan objektif, skop, kaedah/metodologi kajian dan penilaian outcome serta membangunkan instrumen kajian dan lain-lain gerak kerja penyelidikan dan penilaian berkaitan.
  • Merancang pembangunan program INFRA; Menyedia dan menyelaras data pencapaian program; Menyelaras penyediaan permohonan bajet pembangunan; Membangunkan modul latihan dan penambahbaikan modul; Merancang dan melaksanakan aktiviti perkongsian ilmu; Menyediakan laporan KPI untuk Pelan Strategik KPLB; dan menyediakan laporan Ringkasan Hasil Penemuan Kajian.

BAHAGIAN HUBUNGAN ANTARABANGSA

  • Mengendalikan program latihan dan lawatan peringkat antarabangsa dalam bidang pembasmian kemiskinan, pembangunan luar bandar dan tadbir urus luar bandar.
  • Menjalin hubungan kerjasama antara penyedia latihan, badan serta organisasi pembangunan luar bandar di peringkat antarabangsa.

KHIDMAT PENGURUSAN

  • Merancang dan mengurus perolehan perkakasan dan perisian komputer; Menyedia khidmat sokongan teknikal, Membangunkan sistem ikut keperluan; Penyelenggaraan perkakasan, perisian dan rangkaian; dan memastikan langkah-langkah keselamatan kemudahan IT dipatuhi.
  • Membangunkan, mendokumentasi dan menyelenggara bahan-bahan Perpustakaan dan Arkib dan menyediakan sumber rujukan berkaitan latihan dan penyelidikan luar bandar.
  • Mengedali pengurusan pentadbiran am dan pengurusan rekod serta pengurusan kemudahan logistik dan fasiliti latihan seperti dewan, asrama, bilik latihan dan peralatan sukan.
  • Merancang keperluan umum sumber manusia dalam aspek perjawatan, urusan perkhidmatan, penempatan dan pertukaran pegawai, pembangunan kerjaya, pembangunan organisasi dan peperiksaan termasuk pembangunan personel.
  • Mengendalikan urusan berkaitan kewangan, belanjawan dan kemaskinian akaun INFRA.
  • Mengurus dan melaksanakan tugas hakiki perolehan termasuk pelaksanaan perolehan secara atas talian iaitu ePerolehan dan eBidding; dan mengemaskini laporan Government Procurement Information System (GPIS).
  • Mengurus dan menyelaras pelaksanaan projek fizikal INFRA; Menyelenggara dan naik taraf kemudahan dan fasiliti INFRA dan mengurus khidmat sewaan fasiliti INFRA kepada agensi dan sektor swasta.
  • Melaksanakan Pengurusan Aset Alih Kerajaan serta menyediakan laporan pengurusan aset untuk pembentangan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK) Kementerian.

INFRA CAWANGAN SARAWAK

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program latihan; Menganalisa keperluan latihan dan menyediakan perancangan dan penilaian program yang bersesuaian serta mengendali penyelidikan luar bandar di bawah skop negeri Sarawak.

INFRA CAWANGAN SABAH

  • Merancang, mengurus dan melaksanakan program latihan; Menganalisa keperluan latihan dan menyediakan perancangan dan penilaian program yang bersesuaian serta mengendali penyelidikan luar bandar di bawah skop negeri Sabah.