| |
|
|
 |
Ekonomi Desa
Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)
[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi]
Program Pembangunan Perusahaan Luar Bandar Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW)
Objektif Skim
- Meningkatkan bilangan pengusaha Bumiputera luar bandar di dalam semua bidang ekonomi yang berdaya maju dan di benarkan oleh undang -undang.
- Meningkatkan perusahaan yang diceburi oleh pengusaha luar bandar supaya lebih berdaya maju, berdaya saing, berdaya tahan dan mempunyai komitmen yang tinggi.
- Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada pengusaha bumiputera luar bandar bagi membantu meningkatkan bidang ekonomi di luar bandar.
- Menyediakan skim pembiayaan tanpa cagaran dengan kadar bayaran balik yang rendah.
- Meningkatkan penglibatan pengusaha Bumiputera luar bandar dalam bidang-bidang ekonomi luar bandar yang lebih berpotensi dan berdaya maju bagi mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dari kalangan penduduk luar bandar.
Agensi Pelaksana
- Bank Pembangunan Dan Infrastruktur Malaysia Berhad (BPIMB) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan perkhidmatan dan pelancongan desa.
- Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) - bagi pembiayaan yang melibatkan industri pembuatan, perkhidmatan, pertanian dan pelancongan desa.
Ciri – Ciri Skim
Konsep Pebiayaan
- Pembiayaan berlandaskan konsep Syariah (Ijarah Thummalbai, Bai Bithaman Ajil, Bay-Dayn dan Al-Quran Hassan)
Tujuan Pembiayaan
- Pembelian mesin/peralatan yang akan membantu meningkatkan perniagaan/perusahaan yang diceburi
- Pembiayaan modal kerja untuk tujuan perolehan bahan mentah
- Pembiayaan untuk mengubahsuai atau menaik taraf premis perniagaan/perusahaan
Had Pembiayaan
- RM20,000.00 – RM250,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi kurang daripada tiga tahun)
- RM250,000.00 – RM500,000.00 (bagi pengusaha yang beroperasi lebih daripada 3 tahun)
- Pembiayaan dibenarkan sebanyak 3 kali tetapi tidak melebihi had maksimum kelayakan pemohon
Tempoh Bayaran Balik
- 3 hingga 5 tahun (pinjaman RM250,000.00 ke bawah)
- 5 hingga 7 tahun ( pinjaman RM250,000.00 – RM500,000.00)
Tempoh Pernafasan (Grace Period)
Bayaran pokok selama 6 bulan mulai dari tarikh pengeluaran pinjaman.
Pemberian Geran
Pemberian geran akan dipertimbangkan kepada peminjam yang mendapat pembiayaan RM250,000.00 ke bawah dan memenuhi kriteria berikut :
- Telah menjelaskan bayaran balik pinjaman sebanyak 70%
- Tiada tunggakan bayaran balik pinjaman
- Prestasi perniagaan yang baik selepas pembiayaan SPED
Kadar Bayaran Perkhidmatan
- 5% setahun berasaskan baki pinjaman
Skop Pembiayaan
- Industiri Pembuatan
- Pertanian Komersial
- Industri Perkhidmatan
- Pelancongan Desa
Pinjaman Yang Tidak Dibiayai
- Perusahaan/perniagaan bidangan besar seperti projek cari gali petroleum/galian,projek perumahan dan perhotelan.
- Pembelian aset tetap untuk tujuan dijual semula atau untuk disewakan seperti pembelian tapak perusahaan/tanah, kedai dan kilang/bengkel.
- Pembelian kenderaan-kenderaan untuk tujuan pengangkutan awam.
- Pinjaman untuk membayar hutang.
Syarat – Syarat Memohon
- Perniagaan/perusahaan dimiliki sepenuhnya (100%) oleh Bumiputera.
- Perniagaan/perusahaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Tapak perusahaan/perniagaan bertempat di luar bandar iaitu luar kawasan bandar raya dan bandar Petaling Jaya,Subang Jaya dan Putrajaya.
- Pengusaha menjalankan perniagaan/perusahaan sepenuh masa.
- Premis perniagaan berasingan daripada premis kediaman.
- Pengusaha atau syarikat yang belum pernah mendapat pinjaman daripada bank atau institusi kewangan serta lain-lain dana kerajaan melebihi jumlah RM250,000.00. Walau bagaimanapun, SPED boleh membiayai sekiranya pinjaman tersebut telah selesai dibayar.
- Menepati peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan termasuk Kod Amalan Kebersihan Makanan dan Pembuangan Sisa Industri, Akta Pencemaran Alam Sekitar dan sebagainya.
- Had umur peminjam tidak melebihi 60 tahun.
Cagaran
- Mesin/peralatan yang dibiayai diberi berdasarkan perjanjian dan mesin/peralatan tersebut akan menjadi cagaran kepada peminjam.
Insurans
- Peminjam dikehendaki mengambil polisi insurans ke atas mesin/peralatan bagi sepanjang tempoh pinjaman.
- Bagi pinjaman bukan mesin, syarat mengambil polisi insurans akan ditentukan mengikut keperluan seperti insurans nyawa.
Kos Setem Dan Guaman
- Agensi Pelaksana akan mengenakan pembayaran cukai setem atas Surat Perjanjian Ijarah, Ijarah Thummalbai, Bal’Bithaman Ajil Al-Qardhul Hassan atau dokumen lain dan bayaran guaman yang berkaitan berdasarkan kadar yang standard dan munasabah.
- Syarat-syarat tambahan lain yang dikenakan dari semasa ke semasa.
Pengeluaran Wang Pembiayaan
- Agensi Pelaksana akan mengeluarkan pinjaman setelah peraturan-peraturan dan syarat-syarat berikut dipatuhi :
- Menyempurnakan Surat Perjanjian Pinjaman.
- Mengemukakan invois-invois pembelian dan sebagainya yang sah dibuat atas nama bank.
- Menerima tawaran berserta syarat-syarat dan peraturan seperti mana yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran.
- Mengesah penerimaan mesin/peralatan melalui dokumen Certificate of Acceptance and Satisfaction.
- Mengemukakan nota/polisi insurans Comprehensive/All Risk.
- Mengemukakan bayaran guaman dan kos yang berkaitan di dalam penyediaan, pendaftaran, duti setem dan perbelanjaan lain ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan.
Jawatankuasa Pelaksanaan Skim
Permohonan diproses melalui 2 peringkat Jawatankuasa :
- Jawatankuasa Penilaian Teknikal - diurus setiakan oleh Bank
- Jawatankuasa Tertinggi SPED - diurus setiakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Tatacara Permohonan
- Tatacara Permohonan SPED adalah seperti berikut :
- Menggunakan Borang Permohonan SPED yang boleh diperolehi di Ibu Pejabat atau Pejabat Cawangan Agensi Pelaksana atau di KKLW.
- Panduan bagi mengisi borang dan penyediaan kertas projek disertakan bersama-sama dengan borang permohonan
- Borang permohonan sebanyak (2) salinan yang telah dilengkapi bersama-sama kertas projek dan dokumen-dokumen berkaitan hendaklah dikemukakan seperti berikut :
SET PERTAMA dikemukakan kepada KKLW untuk penyemakan pematuhan dasar, syarat dan skop pembiayaan.
SET KEDUA dikemukakan kepada Agensi Pelaksana iaitu Bank untuk penilaian teknikal pengurusan, pemasaran, kewangan dan daya maju projek.
- Permohonan akan diproses setelah borang dan kertas kerja projek diisi dengan lengkap.
- Sekiranya permohonan tidak lengkap, satu tempoh 30 hari akan diberikan untuk melengkapkan permohonan berkenaan. Selepas tempoh tersebut,permohonan tidak akan dipertimbangkan dan dianggap tidak berminat.
Keputusan Permohonan
- Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui Agensi Pelaksana. KKLW akan memaklumkan terus kepada pemohon bagi permohonan yang ditolak.
- Permohonan yang berjaya dikehendaki menandatangani perjanjian pinjaman dengan Agensi Pelaksana.
- Pengeluaran wang pinjaman bagi mesin/peralatan dan modal kerja dibayar terus oleh pihak Agensi Pelaksana kepada pembekal.
Borang dan Panduan Berkaitan
Panduan Ringkasan Kertas Kerja
Borang SPED Muka Depan
Borang SPED Muka Belakang

Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan
[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi]
|

Kursus hiasan dalaman anjuran KKLW dengan
kerjasama Politeknik Johor Bahru
|

Kursus kraf untuk wanita
|
|
Tujuan
- Memupuk dan membangunkan usahawan Bumiputera luar bandar yang berkualiti dan berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing;
- Meningkatkan penglibatan dan penyertaan masyarakat Bumiputera luar bandar menceburi pelbagai bidang industri serta penglibatan dalam projek-projek ekonomi/pertanian komersil yang berpotensi di luar bandar; dan
- Menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti perniagaan dengan memberi penekanan kepada bidang-bidang keusahawanan, kemahiran dan peningkatan kualiti.

Kursus penyediaan dan penyajian makanan di bawah dana khas Kerajaan Persekutuan untuk wanita dan ibu tunggal
Kumpulan Sasar
Program Latihan dan Bimbingan Usahawan yang dianjurkan oleh KKLW disasarkan kepada pengusaha Bumiputera luar bandar dalam kategori berikut :-
- Pengusaha/Usahawan khususnya golongan wanita dan ibu tunggal Bumiputera luar bandar yang berpotensi untuk mengembangkan perniagaan/perusahaan sedia ada.
- Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang menjalankan perusahaan / perniagaan dan beroperasi di luar kawasan Bandar.
- Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang telah menjalankan perniagaan/perusahaan dan berminat untuk meningkatkan kemahiran dan kualiti pengurusan dan produk.
- Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana yang masih tidak mampu mendapatkan latihan atau menghadiri kursus atas pembiayaan sendiri.
- Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar yang dibimbing oleh KKLW dan Agensi di bawah KKLW.
- Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar dari kalangan Ahli Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Dewan Usahawan Industri Desa (DUID) dan seumpamanya.
- Pengusaha/Usahawan Bumiputera luar bandar dari kalangan Pertubuhan/Persatuan seperti Perkumpulan-perkumpulan Wanita dan Persatuan-persatuan Ibu Tunggal yang berminat.
Kaedah Pelaksanaan
Pelaksanaan kursus dan latihan di bawah Program Latihan dan Bimbingan Usahawan ini dijalankan melalui kaedah “out-sourcing” dengan kerjasama Pengendali-pengendali Kursus dari kalangan Agensi-agensi Kerajaan dan Pengendali Kursus swasta. Antara Pengendali-pengendali Kursus dari kalangan Agensi Kerajaan yang dilantik oleh KKLW bagi penganjuran program ini adalah seperti berikut :-
- Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC)
- Universiti Teknologi MARA (UiTM)
- Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)
- Politeknik Johor Bahru (PJB)
- SIRIM Berhad (SIRIM)
Pemilihan Pengendali-pengendali Kursus berkenaan adalah berasaskan kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang tertentu dan hendaklah berdaftar sebagai Pengendali Kursus / Tenaga Pengajar dengan pihak Perbendaharaan.
Syarat-syarat Memohon
- Pemohon hendaklah terdiri daripada 100% Bumiputera luar bandar; tidak termasuk kontraktor binaan dan pengusaha-pengusaha dalam bidang trading.
- Pemohon hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun mengikut bidang-bidang tertentu.
- Pemohon hendaklah mempunyai perusahaan / perniagaan sendiri dan mempunyai premis perusahaan/perniagaan yang berasingan daripada premis rumah kediaman.
- Pengusaha hendaklah menjalankan perusahaan / perniagaan secara sepenuh masa dan tidak bekerja di sektor Kerajaan atau swasta.
- Pemohon hendaklah mempunyai latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya.
- Pemohon hendaklah di kalangan yang celik huruf.
- Pemohon hendaklah belum pernah mengikuti kursus-kursus anjuran KKLW yang sama seperti dipohon.
Pembiayaan Kursus
Kursus yang dianjurkan oleh KKLW adalah dibiayai oleh KKLW bagi sepanjang tempoh berkursus meliputi perkara-perkara berikut:-
- Yuran Kursus
- Penginapan Semasa Berkursus
- Makan dan Minum Semasa Berkursus
Manakala, kos perjalanan dan pengangkutan peserta kursus adalah tanggungan peserta kursus itu sendiri.
Tatacara Permohonan
1. Permohonan Mengikuti Kursus
- 1 set Borang Permohonan Kursus yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan terus kepada Bahagian Ekonomi Desa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah atau kepada Agensi-agensi KKLW yang berkenaan bagi peserta-peserta di bawah naungan Agensi.
- Jawatankuasa Pemilihan Kursus akan mempertimbangkan Borang Permohonan Kursus yang telah lengkap diisi sahaja.
- Permohonan yang berjaya akan dihubungi oleh KKLW selewat-lewatnya satu (1) minggu sebelum kursus bermula. Sekiranya tidak menerima sebarang makluman daripada KKLW, permohonan ini dianggap tidak berjaya.
2. Permohonan Sebagai Pengendali Kursus
- 1 set Kertas Cadangan Kursus beserta profil syarikat hendaklah dikemukakan terus kepada Bahagian Ekonomi Desa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
- Permohonan tersebut hendaklah dikepilkan bersama sesalinan pendaftaran sebagai Pengendali Kursus/Tenaga Pengajar dengan pihak Perbendaharaan.
- Permohonan sebagai Pengendali Kursus tersebut akan dipertimbangkan untuk kelulusan Pengurusan Tertinggi KKLW dan pihak Perbendaharaan.
Borang Permohonan Kursus
Borang Permohonan Kursus boleh didapati di pejabat-pejabat berikut:-
- Bahagian Ekonomi Desa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, PUTRAJAYA.
- Semua Agensi-agensi di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah termasuk RISDA, FELCRA Berhad, KEMAS, JHEOA, KEDA, PERDA, KEJORA, KETENGAH dan KESEDAR.
- Pejabat Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)
- Negeri Sembilan
- Johor
- Pahang
- Pulau Pinang
- Kedah
- Perak
- Jabatan Ketua Menteri Melaka
- Jabatan Pembangunan Negeri
- Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu
- Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
- Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis
Permohonan kursus juga boleh melalui Sistem Maklumat Integrasi Latihan Ekonomi Desa (e-SMILE)
|
|
Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar
[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi] |
|
Skop
Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyediakan kemudahan premis di kawasan luar bandar untuk disewakan kepada pengusaha Bumiputera luar bandar.
Tujuan
- Menyediakan kemudahan ruang perniagaan / perusahaan kepada pengusaha Bumiputera luar bandar.
- Membantu pengusaha Bumiputera luar bandar meningkatkan tahap perusahaan mereka dengan;
- Beroperasi di tempat yang lebih bersih, selesa, teratur dan strategik serta mempunyai pelbagai kemudahan.
- Kos kapital yang rendah kerana kadar sewa yang dikenakan adalah rendah.
- Tahap keusahawanan boleh dipertingkatkan melalui latihan, bimbingan dan lain-lain, secara lebih teratur, terancang dan berkesan.
Kumpulan Sasar
Pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar.
Kaedah Pelaksanaan
Premis-premis yang dicadangkan hendaklah di atas tanah Kerajaan. Pembinaan premis dilaksana berdasarkan perkongsian kos di antara KKLW dan Pihak Kerajaan Negeri yang mana KKLW menanggung kos pembinaan premis, infrastruktur kawasan kilang, pembinaan landskap dalam kawasan premis dan khidmat juru perunding bagi reka bentuk premis.
|
|
Lain-lain kos seperti penyediaan tapak termasuk pengambilan balik tanah, kos menambak dan meratakan tapak projek serta kos untuk kawalan keselamatan di sekitar premis adalah ditanggung oleh pihak Kerajaan Negeri. Pihak Berkuasa Tempatan adalah Agensi Pelaksana bagi projek yang telah diluluskan oleh Kementerian. Premis-premis yang dibina melalui peruntukan KKLW akan diserahkan kepada pihak Kerajaan Negeri untuk urusan pengisian dan penyelenggaraan.
Kriteria Kelulusan Projek
- Keutamaan kepada negeri-negeri di mana terdapat lsquo;incidence’ kemiskinan yang tinggi ;
- Keutamaan kepada negeri-negeri yang mundur dari segi pembangunan ekonomi ;
- Keutamaan kepada negeri yang belum pernah dan kurang menerima pembiayaan KKLW untuk projek Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang pada tahun 2003 atau sebelumnya ;
- Premis yang dibina dapat menfaatkan kumpulan sasar dan keperluan penduduk setempat yang mendesak ;
- Negeri yang mengemukakan maklumat lengkap dan prestasi pelaksanaan projek yang baik pada tahun-tahun sebelumnya iaitu negeri yang benar-benar komited dan memerlukan pembiayaan KKLW bagi membina Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang.
Tatacara Permohonan Projek
Cadangan permohonan projek hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Daerah untuk semakan dan pengesahan status tapak projek berkenaan. Pejabat Daerah pula akan mengemukakan cadangan projek tersebut kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri untuk penyelarasan dan perakuan sebelum ianya dikemukakan kepada pihak Kementerian. Permohonan projek hendaklah menggunakan Format Cadangan Pembinaan Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/ Kilang Industri Luar Bandar, Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah seperti berikut.
|
|
Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa
[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi] |
|
Skop
Program Pertanian Komersil dan Pelancongan Desa, Bahagian Ekonomi Desa (BED), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) merupakan program bagi membantu meningkatkan produktiviti ekonomi penduduk luar bandar yang berasaskan pertanian komersil dan mengkomersilkan aktiviti-aktiviti pelancongan desa dengan mengambil peluang daripada persekitaran alam semulajadi yang cantik dan menarik di kawasan luar bandar untuk menjana pendapatan dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar.
Tujuan
- Mengkomersilkan aktiviti pertanian komersil dan pelancongan desa di kawasan luar bandar melalui Agensi-agensi di bawah KKLW.
- Menjadikan sektor ekonomi luar bandar sebagai sektor yang moden dari segi pengurusan dan kaedah pengeluaran yang diusahakan secara komersil.
- Meningkatkan keupayaan pengeluaran produktiviti ekonomi desa dari segi sektor yang berkualiti dan mampu bersaing di pasaran terbuka.
- Menjurus kepada bidang-bidang ekonomi desa yang berpotensi untuk dimajukan dan mempunyai nilai tambah dalam pasaran semasa.
- Meningkatkan tahap outomasi sektor ekonomi komersil di kawasan luar Bandar oleh petani, penternak, nelayan dan pengusaha luar bandar.
Kumpulan Sasar
- Pengusaha-pengusaha Bumiputera luar Bandar.
- Petani, penternak dan nelayan.
- Masyarakat orang asli.
- Pengusaha-pengusaha yang dibimbing oleh KKLW dan Agensi-agensi di bawah KKLW.
Kaedah Pelaksanaan
- Menjalinkan rangkaian kerjasama dengan Kementerian, Agensi-agensi kerajaan dan jabatan kerajaan yang lain.
- Mewujudkan pakatan strategik dengan Agensi-agensi di bawah KKLW dan kerajaan-kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Senarai Program/Aktiviti
Program Pertanian Komersil dan Pelancongan Desa mempunyai dua (2) aktiviti utama iaitu :-
i. Aktiviti Pertanian Komersil
- Projek ternakan kambing
- Projek ternakan ayam
- Projek ternakan burung unta (Ostrich)
- Projek ternakan lembu
- Projek ternakan ikan air tawar
- Projek tanaman sayur-sayuran
- Projek tanaman herba
ii. Aktiviti Pelancongan Desa
- Projek pembangunan infrastruktur di kawasan pelancongan Desa.
- Projek ‘Homestay’
- Projek penganjuran aktiviti pelancongan desa.
|
|
Program Pemasaran Dan Promosi
[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi] |
|
Skop
Program Pemasaran dan Promosi, Bahagian Ekonomi Desa (BED) yang dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) adalah bertujuan membantu pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar memasar dan mempromosikan produk-produk industri desa ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
Tujuan
- Membangunkan dan memupuk pengusaha luar bandar yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan.
- Menambah penglibatan pengusaha luar bandar dalam bidang perniagaan dengan mempromosi dan memperkenalkan produk-produk keluaran luar bandar.
- Menyediakan rangkaian pemasaran produk luar bandar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
- Menyediakan pusat pemasaran di pelbagai peringkat - negeri, daerah dan kampung.
- Meningkatkan kualiti dan pembangunan produk dari segi pembungkusan dan pelabelan agar lebih menarik supaya berdaya saing dan berdaya maju.
- Meningkatkan keupayaan pemasaran dan produktiviti industri luar bandar dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti nilai tambah.
- Meningkatkan pendapatan pengusaha luar bandar melalui aktiviti bersepadu dari segi peningkatan ilmu pengetahuan pemasaran dan promosi.
- Memposisikan pengusaha, jenama dan produk-produk luar bandar yang berdaya maju melalui pengukuhan pasaran tempatan dan antarabangsa.
Kumpulan Sasar
Program Pemasaran dan Promosi, Bahagian Ekonomi Desa yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah disasarkan kepada pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar yang dikategorikan seperti berikut:-
- Pengusaha Bumiputera luar bandar khususnya golongan berpendapatan rendah yang berpotensi untuk diketengahkan.
- Pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar yang menjalankan perusahaan kecil dan sederhana yang tidak mampu untuk memasarkan produk-produk mereka.
- Pengusaha-pengusaha Bumiputera yang menjalankan perusahaan/perniagaan dan beroperasi luar kawasan bandar.
- Pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar yang dibimbing oleh KKLW dan Agensi-agensi KKLW.
- Pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar di kalangan Ahli Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Dewan Usahawan Industri Desa, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan seumpamanya.
Kaedah Pelaksanaan
- Menjalinkan rangkaian kerjasama dengan Kementerian, Agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan Kerajaan yang lain.
- Mewujudkan pakatan strategik dengan Kerajaan-Kerajaan Negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
- Berkerjasama dengan NGOs termasuk Dewan-dewan Perniagaan seperti Dewan Usahawan Industri desa.
- Bekerjasama dengan syarikat-syarikat swasta yang menganjurkan ekspo dan pameran.
Syarat-syarat Penyertaan
- Pengusaha hendaklah terdiri daripada 100% Bumiputera luar bandar dan bukan pengusaha dalam bidang trading.
- Pengusaha yang menjalankan perusahaan/perniagaan dan beroperasi luar kawasan bandar.
- Pengusaha hendaklah mempunyai perusahaan/perniagaan sendiri dan mempunyai premis perusahaan/perniagaan yang berasingan daripada premis rumah kediaman.
- Pengusaha hendaklah menjalankan perusahaan/perniagaan secara sepenuh masa dan tidak bekerja di sektor Kerajaan atau swasta.
Pembiayaan Program Pemasaran Dan Promosi
Semua Program Pemasaran dan Promosi adalah dibiayai sepenuhnya oleh KKLW. Program/aktiviti ini dilaksanakan melalui penyaluran peruntukan kepada Agensi Pelaksana yang dilantik oleh KKLW. atau syarikat-syarikat yang menganjurkan ekspo/pameran yang diperakukan oleh KKLW. Pembiayaan ini hanya meliputi perkara-perkara berikut:-
- Booth
- Kelengkapan dan peralatan
Nota :
Kos perjalanan pengangkutan, penginapan dan makan minum peserta yang dijemput/ditawarkan menyertai Program Pemasaran dan Promosi seperti ekspo, pameran, seminar dan sebagainya adalah tanggunggan peserta itu sendiri.
Senarai Program/Aktiviti
Program Pemasaran dan Promosi mempunyai tiga aktiviti utama iaitu:
1. Aktiviti Promosi
- Penganjuran ekspo/pameran di peringkat negeri
- Penyertaan Ekspo Luar Negara
- Penyertaan Ekspo Swasta/Badan Berkanun
- Mini Ekspo
- Bazar Ramadhan
- Flea Market
- Pengiklanan/Media Massa
2. Aktiviti Pemasaran
- Penubuhan pusat pemasaran peringkat negeri, daerah dan desa
- Bertujuan untuk mewujudkan pusat pemasaran bagi menyatukan usahawan-usahawan dan mengumpulkan produk desa supaya dapat mewujudkan rangkaian kerjasama. (Agen pemasaran/promosi/pameran).
- Bertujuan untuk menyediakan maklumat pasaran bagi menentukan saiz pameran, permintaan pengguna dan bilangan pesaing yang mengeluarkan produk yang sama.
- Objektif Kajian Pemasaran
- Mengenalpasti saiz pasaran dan permintaan pengguna.
- Mengenalpasti strategi/teknik pemasaran yang berkesan terhadap produk-produk desa.
- Mengenalpasti langkah permulaan yang boleh di ambil oleh pengusaha sebelum membuat pengeluaran produk.
3. Pendidikan Pemasaran dan Promosi
- Program ini dijalankan melalui penyertaan kursus, seminar dan konvensyen yang melibatkan pegawai-pegawai dari Kementerian dan Agensi-agensi di bawahnya serta kumpulan sasar bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan dalam pembangunan produk dan bidang pemasaran.
|
|
Program Pembangunan Ekonomi
[Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED)]
[Program Latihan Dan Bimbingan Usahawan]
[Program Premis Gerai Perniagaan/Bengkel/Kilang Industri Luar Bandar]
[Program Pemasaran Dan Promosi]
[Program Pertanian Komersial Dan Pelancongan Desa]
[Program Pembangunan Ekonomi] |
|
Skop
Program Pembangunan Ekonomi, Bahagian Ekonomi Desa (BED), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berfungsi sebagai penggubal dasar dan strategi pembangunan ekonomi desa serta berperanan sebagai perancang dan pemantau kepada program pembangunan ekonomi desa secara bersepadu.
Tujuan
- Mengenalpasti dan memantau pembangunan produk-produk desa yang sesuai untuk diketengahkan ke pasaran tempatan dan antarabangsa.
- Membangunkan dan memupuk pengusaha-pengusaha luar bandar yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan.
- Meningkatkan produktiviti pengusaha-pengusaha luar bandar dengan memberi tumpuan kepada aktiviti-aktiviti nilai tambah.
Kumpulan Sasar
Pengusaha-pengusaha Bumiputera luar bandar serta penduduk luar bandar yang ingin memajukan taraf hidup mereka melalui bidang keusahawanan.
Kaedah Pelaksanaan
- Sebagai “focal point” di antara Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Kerajaan dan Agensi-Agensi lain yang berkaitan dengan pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) dan Industri Kecil Sederhana (IKS) luar bandar.
- Menjalin kerjasama dengan Kementerian, Agensi Kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan swasta dalam bidang pembangunan dan pemasaran produk desa.
Program/Aktiviti Pembangunan Ekonomi
- Projek Satu Daerah satu Industri (SDSI).
Projek Satu Daerah Satu Industri (SDSI) merupakan pemantapan kepada strategi 1 Kampung 1 Produk (1K1P) dan strategi Satu Kampung Satu Industri (SDSI). KKLW telah melantik FELCRA Berhad sebagai Agensi Pelaksana. Projek ini termasuk pembangunan produk melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D), aktiviti pemasaran produk-produk usahawan desa di kompleks membeli-belah, pembinaan kilang-kilang kecil daerah-daerah dengan fokus kepada mengkomersilkan produk-produk luar bandar.
- Pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Usahawan Desa.
Pelan Induk Pembangunan Usahawan Desa bertujuan untuk menyediakan dasar dan garis panduan membangunkan usahawan-usahawan luar bandar yang berdaya saing, berdaya maju dan berdaya tahan.
|
|
|
 |
|
|
|
|