Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
 
 
 
   
   
 
GDW
Untuk warga KKLW sahaja
WEBMEL 
 
 
 
SINDIKASI
SINDIKASI
 
PELAWAT
 
 
 

Info Desa

Latar Belakang

MID ialah satu projek untuk menjayakan Agenda Teknologi Maklumat (IT) Negara ke arah mewujudkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun 2020. Matlamat utamanya ialah untuk merapatkan jurang digital antara Bandar dan luar Bandar.
 
MID merupakan satu pusat atau telecenter yang dilengkapi prasarana teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dibina di kawasan luar Bandar. Pembinaan MID ini membolehkan warga desa mendapatkan kemudahan ICT di kawasan masing-masing. MID juga berfungsi sebagai pusat latihan untuk menyediakan latihan asas dan kemahiran ICT kepada masyarakat desa. Objektif MID adalah :-
 
  • Menggalakkan penghayatan budaya ilmu di kalangan masyarakat desa setempat menerusi perantara ICT;
     
  • Mengurangkan jurang digital antara masyarakat desa dengan masyarakat arus perdana (Mainstream Society);
     
  • Menjadikan MID sebagai pusat latihan ICT setempat;
     
  • Menjadikan MID sebagai pemangkin pemilikan komputer peribadi;
     
  • Menjadikan MID sebagai pencetus pewujudan aktiviti keusahawanan ICT desa dari segi kepakaran pembaikan/penyelesaian masalah berkaitan dengan perkakasan serta pembangunan kandungan (content development)dan perisian;
     
  • Membina rangkaian pangkalan maklumat desa yang akan membantu mengemas kini data yang diperlukan oleh pengurusan seperti profil maklumat kampung, maklumat warga dan pengurusan kampung;
     
  • Membangunkan e-komuniti di kalangan masyarakat desa; dan
     
  • Menyumbang ke arah pembangunan e-kerajaan.
     
Pelaksanaan MID
 
Keseluruhan pembinaan MID termasuk yang dibina oleh Agensi-agensi KKLW sehingga tahun 2008 adalah sebanyak 220 buah seperti berikut :

Bil
Kategori MID
Bilangan MID
1.
Daerah
90
2.
Mukim
100
3.
Kampung
30
 
Jumlah
220

 
 
Halatuju Pelaksanaan Medan Infodesa
 
Mengikut perancangan Kementerian, menjelang tahun 2010 semua daerah akan mempunyai sebuah MID Daerah manakala sebahagian dari Mukim akan mempunyai sebuah MID Mukim. Kementerian akan meneruskan pelaksanaan MID ini dalam tempoh RMKe10 sehingga semua kampung mempunyai sebuah MID masing-masing. Berdasarkan konsep asas penubuhan MID iaitu pemilikan komuniti (community ownership), pendayaan masyarakat (empowerment) dan kemapanan (sustainability), aktiviti Mid yang berbentuk keusahawanan dalam bidang ICT akan dipertingkatkan. Bagi tujuan tersebut, kursus-kursus profesional dalam bidang multimedia, pembangunan perisian aplikasi, laman web, penyenggaraan komputer serta rangkaian (networking) komputer akan dipertingkatkan. Bagi mendapatkan pengiktirafan dan pensijilan, usaha dengan syarikat ICT terkemuka seperti Microsoft, Oracle, Cisco serta institut pengajian tinggi akan dilaksanakan bagi kursus-kursus di MID.
 
Dengan adanya kursus-kursus seperti ini, MID akan dapat menyediakan tenaga mahir dalam bidang ICT yang boleh menghasilkan produk-produk ICT untuk pasaran tempatan. Produk-produk seperti perisian aplikasi, multimedia dan animasi boleh dipasarkan ke peringkat sekolah, jabatan kerajaan, pihak swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan. Dalam jangka masa panjang, MID akan menjadi pusat khidmat setempat (one stop centet) bagi perkhidmatan lain termasuk jualan dan pembaikan komputer serta peralatannya. Aktivit-aktiviti seperti ini mampu menjana pendapatan yang akan membolehkan MID ditadbir sendiri oleh masyarakat tempatan melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) suatu masa nanti.

 

 
Cadangan / Aduan
Surat Kepada Pengarang
Intranet
Tender
Muat Turun
Senarai Projek
APLIKASI TALIAN
   
 
APLIKASI EG
   
 
KALENDAR
10 Mac 2010
I S R K J S A
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31
Lagi Peristiwa
 
 
 
myGOV MSC e-KL MAMPU JKJR SME Info Portal Anakku Sayang PEMUDAH Institut Intergrasi Malaysia
BPA MyIdeas MyID
 
  Hakcipta Terpelihara 2010 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024
 
  Tarikh Kemaskini :