Pencapaian Piagam Pelanggan 2010

Bil Pernyataan Piagam Pelanggan (Perjanjian) Prestasi Pencapaian Piagam Pelanggan KKLW Tahun 2010
1 Penyediaan Kualiti Prasarana Asas, Utiliti dan Ameniti Sosial

  • Projek Jalan Kampung (PJK) tidak melebihi 12 bulan dari tarikh waran dikeluarkan;
  • Projek Ameniti Sosial (PAMS) tidak melebihi 12 bulan dari tarikh waran dikeluarkan;
  • Projek Lampu Jalan Kampung (LJK) tidak melebihi 12 bulan dari tarikh kontrak ditandatangani;
  • Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) tidak melebihi 18 bulan dari tarikh kontrak ditandatangani; dan
  • Bekalan Air Luar Bandar (BALB) bagi projek alternatif dan retikulasi tidak melebihi 12 bulan dan projek loji 18-24 bulan.
  • Projek Jalan Luar Bandar (JALB) disiapkan mengikut tempoh kontrak   24 – 36 bulan dari tarikh milik tapak.
Bahagian Infrastruktur

  • Sebanyak 757 projek JPD telah dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Sebanyak 7,197 projek PAMS dan Sanitasi disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan kecuali 2 projek KKD yang disiapkan dalam tempoh 16 bulan
  • Sebanyak 1,016 projek LJK telah siap dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan
  • Sebanyak 27,209 buah rumah telah siap dibekalkan dengan bekalan elaktrik dalam tempoh yang ditetapkan
  • Sebanyak 35,291 buah rumah telah dibekalkan dengan bekalan air dalam tempoh yang ditetapkan
  • Pada tahun 2009/2010 (NKRA) sebanyak 140 projek JALB dan sepanjang 775.58km jalan telah siap dibina dalam tempoh yang ditetapkan
2 Pembasmian Kemiskinan Tegar

  • Memuktamadkan status kelayakan pemohon Program-program SPKR sama ada kategori miskin tegar atau miskin dalam tempoh 2 bulan;
  • Memastikan keputusan permohonan bagi Program Peningkatan Pendapatan (PPP) dan Program Latihan dan Kemahiran Kerjaya (PLKK) diberikan kepada Agensi Pelaksana dalam tempoh 3 bulan;
  • Memastikan pelaksanaan Program Bantuan Rumah (PBR) – bina baru dalam tempoh 6 bulan dan baik pulih dalam tempoh 4 bulan dari tarikh kelulusan; dan
  • Mengeluarkan KIR MT dari garis kemiskinan tegar melalui projek Agropolitan dalam tempoh 30 bulan.
Bahagian Kemajuan Tanah dan WilayahDaripada 136 orang peserta (Agropolitan Gahai – 50 orang; Agropolitan Pulau Banggi 86 orang) yang telah menyertai projek, telah melepasi garis kemiskinan
3 Pembangunan Modal Insan

  • Melaksanakan latihan pengurusan desa kepada 10,000 pemimpin peringkat akar umbi setahun;
  • Melaksanakan bengkel Pelan Tindakan Desa melibatkan 3,000 kampung setiap tahun;
  • Menyediakan pendidikan pra sekolah kepada 190,000 kanak-kanak setahun;
  • Menyediakan Pendidikan Awal Kanak-kanak (TASKA) kepada 900 kanak-kanak setahun;
  • Menyediakan latihan kemahiran peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)/Diploma sebanyak 2,220 peserta setahun; dan
  • Memastikan semua pelajar tajaan MARA di seberang laut akan menerima elaun bulanan sebelum tiba bulan berikutnya.

 

INFRASeramai 6,840 pemimpin akar umbi desa berjaya dilatih.

Sebanyak 156 buah kampung berjaya dilibatkan dalam bengkel Pelan Tindakan Desa.

 

MARA

Bagi tahun 2010 MARA telah berjaya menyediakan latihan kemahiran peringkat Sijil/Diploma sebanyak 6408 orang peserta.

Pembayaran elaun pelajar di seberang laut berjaya dilaksanakan sebelum bulan berikutnya. (100%).

4 Aktiviti Ekonomi dan Industri Luar Bandar

  • Melaksanakan program latihan dan bimbingan keusahawanan kepada 5,000 orang usahawan dan bakal usahawan setahun;
  • Melaksanakan ekspo dan pameran keusahawanan sebanyak 6 siri dan menyertai sebanyak 50 siri melalui penganjuran pihak swasta dan agensi kerajaan setahun;
  • Menawarkan Skim Pembiayaan Ekonomi Desa (SPED) dengan mengeluarkan pinjaman dalam tempoh 53 hari dari tarikh pemohon mengemukakan syarat-syarat kelulusan sepenuhnya; dan
  • Semua permohonan pinjaman perniagaan dan pelajaran MARA yang lengkap akan diputuskan dalam masa tidak lebih daripada 50 hari.
Bahagian Pengupayaan EkonomiSejumlah 3620 penerima faedah telah mendapat manfaat dari pelaksanaan 150 siri kursus latihan dan bimbingan keusahawanan sepanjang Tahun 2010.

Melalui 22 aktiviti program pemasaran dan promosi pihak swasta dan agensi kerajaan sepanjang tahun 2010 telah melibatkan sejumlah 1069 usahawan kecil dan sederhana yang menerima faedah.

Sejumlah 277 permohonan SPED telah diluluskan dalam tempoh 53 hari dari tarikh pemohon mengemukakan syarat-syarat kelulusan pembiayaan sepanjang tahun 2010.

MARA

Pembiayaan perniagaan MARA – 3237 (100% menepati standard ) kurang 50 hari

Pinjaman pelajaran MARA – 16,395 (100% menepati standard) kurang 50 hari.

5 Program  Merapatkan Jurang Digital Bandar dan Luar Bandar

  • Menyiapkan sebuah Medan Infodesa (MID) yang lengkap dengan peralatan ICT dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh lantikan kontraktor; dan
  • Melatih sekurang-kurangnya 8,000 penduduk luar bandar dalam bidang ICT setahun.
Bahagian Pengupayaan Komuniti dan InfodesaTiada kontraktor yang dilantik untuk pembinaan MID baru  dalam tahun 2010 kerana tapak yang dipohon belum mendapat kelulusan.

Hanya 460 peserta yang berjaya dilatih dari jumlah peruntukan sebanyak RM138,000 melibatkan 24 siri sahaja.  Ketidakcapaian adalah kerana ketiadaan peruntukan. Jumlah RM138,000 merupakan baki siling RMKe-9.