• Peningkatan Pendapatan Penduduk Desa Ke Tahap 80% Daripada Penduduk Bandar Menjelang 2020.
  • Mewujudkan 30% Penduduk Desa Terlibat Dalam Aktiviti Keusahawanan Menjelang 2020.
  • Mewujudkan masyarakat berilmu dan berkemahiran.
  • Mempercepatkan Pelaksanaan Konsep Dan Program Pembangunan Bersepadu.
  • Meningkatkan kesejahteraan masyarakat desa.
  • Mencapai Liputan 100% Prasarana Asas, Utiliti Dan Infrastruktur Menjelang 2020.
  • Memastikan penduduk desa mendapat 100% manfaat Teknologi Maklumat Dan Komunikasi menjelang 2020.
  • Membantu menghapuskan kemiskinan tegar, dan mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.8%.
  • Meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan di luar bandar.
  • Meningkatkan pembangunan jalan di kawasan luar bandar dan lain-lain kawasan kurang membangun.
  • Meningkatkan liputan bekalan elektrik bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kepada 95% dan di Semenanjung Malaysia kepada 99.9% menjelang tahun 2020.
  • Meningkatkan liputan bekalan air bagi kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak kepada 90% dan di Semenanjung Malaysia kepada 98% menjelang tahun 2020.
  • Meneruskan usaha merapatkan jurang digital dan meningkatkan penembusan perkhidmatan internet jalur lebar (broadband) melalui Pelan Jalur Lebar Negara.
  • Memastikan pengagihan seimbang peluang-peluang bermutu yang dapat menjana pendapatan, pekerjaan, perniagaan dan pendidikan ke seluruh pelosok negara.