Profil Perkhidmatan

Ketua Unit Perundangan

puu

Nama : Encik Mujib bin Saroji
E-mel : mujib[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2233
No. Faks : 03 – 8888 2335

Objektif

  • Memberi pandangan/nasihat perundangan secara bertulis atau lisan sesuai dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain ke atas isu undang-undang yang berbangkit di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan agensi-agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Menyemak dan meneliti Perjanjian pelantikan Perunding, Memorandum Persefahaman, projek dokumen atau apa-apa dokumen perundangan lain yang dikemukakan oleh bahagian-bahagian di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan agensi-agensi di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Menyemak atau jika tiada draf dikemukakan, menyediakan draf Rang Undang-Undang, Perundangan subsidiari, pemberitahuan undang-undang di bawah bidang kuasa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
  • Menyediakan draf pertama ulasan bagi pihak Jabatan Peguam Negara ke atas Memorandum Jemaah Menteri yang diedarkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Fungsi

  • Memberi nasihat perundangan berkenaan perkara yang dirujuk oleh Kementerian dan agensi-agensi dibawahnya;
  • Membantu mentafsir undang-undang apabila dikehendaki oleh Kementerian;
  • Mendraf atau menyemak dokumen undang-undang seperti notis perundangan, perjanjian dan memorandum persefahaman yang melibatkan Kementerian dan Kerajaan bagi memastikan kepentingan Kementerian dan Kerajaan adalah dilindungi;
  • Menjalankan penyelidikan atau kajian perundangan apabila dikehendaki oleh Kementerian;
  • Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian mengenai perkara yang dikawal selia atau hendak dikawal selia dan seterusnya menyediakan draf rang undang-undang mengenai perkara tersebut, jika perlu, untuk mencerminkan keputusan dasar yang dibuat oleh Kerajaan sebelum dikemukakan kepada Penggubal Undang-Undang Parlimen untuk kelulusan;
  • Menghadiri mesyuarat atas jemputan Kementerian atau agensi-agensi dibawahnya dan memberi nasihat perundangan mengenai perkara yang dibincangkan bagi memastikan apa-apa keputusan dasar yang dibuat adalah menurut undang-undang;
  • Menyertai sesi perkongsian ilmu atau latihan dengan menawarkan kepakaran dari aspek perundangan kepada Kementerian dan agensi-agensi dibawahnya.