Profil Perkhidmatan

Mohon maaf, halaman ini sedang dikemaskini

Objektif

  • Memastikan imej Kementerian sentiasa terpelihara dan dipertingkatkan menerusi pelaksanaan pelan komunikasi korporat yang melibatkan hubungan kementerian dengan orang ramai dan stakeholders (termasuk media) secara berkualiti, strategik dan berkesan.
  • Memastikan perancangan dan pelaksanaan pelan strategik media berhubung publisiti dan promosi dapat memberi impak yang berkesan kepada tahap pengetahuan orang ramai dan peningkatan imej Kementerian.
  • Meningkatkan tahap pengetahuan dan pemahaman orang ramai menerusi aktiviti pameran dan edaran bahan maklumat berbentuk terbitan bahan cetakan dan video serta cetakan bahan promosi.
  • Memastikan pertanyaan pelanggan diberikan layanan yang baik serta menyalurkan maklumat yang tepat, cepat dan berkesan.
  • Memastikan setiap majlis rasmi dan program penting Kementerian mendapat liputan media dengan pengurusan yang teratur dan menyampaikan maklumat yang tepat serta lengkap.

 

  • Memastikan setiap majlis rasmi dan program penting Kementerian mendapat liputan berita dan rakaman foto serta video perlu dibuat bagi didokumentasikan untuk rujukan dan bahan arkib Kementerian.

Fungsi

  • Merancang dan melaksanakan pelan tindakan berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi dasar, peranan, aktiviti dan khidmat Kementerian.
  • Menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan dan bagi memenuhi ketetapan masa dan objektif Kementerian secara keseluruhan.
  • Merancang dan mengurus bahan penerbitan Kementerian seperti Laporan Tahunan, Brosur, Risalah, Fotografi dan lain-lain dokumentasi.
  • Menyelaras pengurusan lawatan dari dalam dan luar negara.