Ketua Unit Audit Dalam

RUSNI-AUDIT DALAM

Nama : Rusni binti Mohamed

E-mel : rusni@rurallink.gov.my

No. Telefon : 03 – 8891 2088

No. Faks : 03 – 8888 2317

 

OBJEKTIF

  • Mempertingkatkan tahap pematuhan peraturan kewangan semua PTJ di bawah kawalan KKDW kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan;
  • Menentukan program-program dan aktiviti-aktiviti Kementerian dan agensi di bawahnya dapat diuruskan dengan ekonomi, cekap dan berkesan; dan
  • Menentukan keberkesanan dan kecekapan semua aplikasi ICT.

FUNGSI

PENGURUSAN KEWANGAN
  • Untuk memastikan proses pembayaran, hasil dipungut dan diakaunkan dengan betul, aset dan inventori dikawal sewajarnya, rekod-rekod kewangan diselenggarakan dengan sempurna dan mempunyai sistem kawalan dalaman yang berkesan secara berterusan
  • Pendekatan dibuat secara pusingan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun supaya setiap Jabatan/Agensi di bawah KKDW diaudit
  • 8 aspek yang diberikan penekanan iaitu:
    1. Kawalan pengurusan
    2. Kawalan bajet
    3. Kawalan terimaan
    4. Kawalan perolehan
    5. Kawalan perbelanjaan
    6. Pengurusan akaun amanah/deposit
    7. Pengurusan aset dan stor
    8. Pengurusan kenderaan kerajaan
PENGAUDITAN PRESTASI/PROGRAM/ AKTIVITI
  • Memberi tumpuan kepada 3P iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Pemantauan terhadap sesuatu program/aktiviti yang dilaksanakan
  • Memastikan wujudnya kecekapan (efficiency), keberkesanan (effectiveness) dan berhemah (economic).
  • Melibatkan pemeriksaan secara objektif dan analisis terhadap matlamat dan prestasi sesuatu program/aktiviti Jabatan.
  • Justifikasi program/ projek berdasarkan matrik berikut:
      1. Jangkaan impak daripada pengauditan
      2. Materialiti kewangan
      3. Risiko kepada pengurusan yang baik.
      4. Signifikan (dari sudut dalaman)
      5. Visibiliti (dari sudut luaran)
      6. Liputan
      7. Auditabiliti
PENAMPILAN AUDIT/ AUDIT RINGKAS/ AUDIT PRESENCE / PEMERIKSAAN MENGEJUT
  • Dilaksanakan di Pusat Tanggungjawab (PTJ) dan Pusat Kos (PK) Jabatan/Agensi di bawah KPLB yang tidak diliputi dalam pengauditan Pengurusan Kewangan atau Prestasi
  • Mewujudkan kesedaran bahawa UAD sentiasa memantau Jabatan/Agensi di bawah KKDW mengenai pematuhan peraturan kewangan
  • Pemeriksaan dijalankan secara mengejut (spot-check auditing).
  • Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap penyediaan dokumen kewangan bagi kawalan pengurusan, terimaan, kawalan perbelanjaan, pengurusan amanah dan deposit, pengurusan aset dan stor serta pengesahan wang di tangan tahun semasa bagi memastikan ianya diuruskan mengikut peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa serta wujud pematuhan kepada Arahan Perbendaharaan/Perkhidmatan.
SIASATAN KHAS/ AUDIT KHAS
  • Dilaksanakan apabila terdapat arahan daripada pihak atasan untuk sesuatu kes atau perkara yang dibangkitkan melalui aduan awam, laporan media atau e-mel terhadap agensi di bawah KKDW
  • Bertujuan bagi memastikan sama ada isu yang dibangkitkan adalah munasabah, berasas atau sebaliknya untuk dilaporkan kepada pihak pengurusan.
AUDIT SUSULAN
  • Dilaksanakan terhadap teguran yang dibangkitkan oleh UAD, dan Laporan Ketua Audit Negara (KAN) yang melibatkan semua PTJ Jabatan/Agensi di bawah KKDW.
  • Memastikan semua teguran yang diberikan telah diambil tindakan selaras dengan maklum balas yang dikemukakan oleh Jabatan /Agensi bagi mengelakkan teguran yang sama berulang.