Bahagian Pengurusan Maklumat

Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Pengurusan Maklumat

Nama : Encik Norizan bin Besar
E-mel : norizan[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 5888
No. Faks : 03 – 8888 2360

Objektif

  • Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi bagi mempertingkatkan taraf hidup dan sosio ekonomi penduduk luar Bandar.
  • Menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan ICT KPLB dan agensi-agensi di bawahnya.
  • Membudayakan penggunaan ICT di kalangan anggota KPLB dan agensi ke arah meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi dan pengurusan kementerian.

Fungsi

CAWANGAN APLIKASI, GIS DAN PORTAL (P)

UNIT PEMBANGUNAN SISTEM 1

  • Merancang, mengurus dan menyelaras hala tuju sistem aplikasi Kementerian.
  • Menjalankan kajian keperluan pengguna (user requirement study) bagi setiap sistem aplikasi Kementerian yang akan dibangunkan.
  • Mereka bentuk dan membangunkan pangkalan data dan antara muka pengguna bagi setiap sistem aplikasi Kementerian.
  • Menyediakan prototaip sistem aplikasi Kementerian yang akan dibangunkan.
  • Membangunkan kod aturcara sistem aplikasi Kementerian.
  • Melaksanakan pengujian fungsian dan penerimaan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Melaksanakan pengujian capaian dan keselamatan sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Menyenggara dan melaksanakan backup pangkalan data dan sistem aplikasi.
  • Melaksanakan penambahbaikan semua sistem aplikasi sedia ada dari masa ke semasa mengikut permintaan dan keperluan pengguna.
  • Merancang, mereka bentuk, membangun dan melaksanakan mobile applications
  • Mengurus, menyelia, menyelaras dan memastikan semua sistem aplikasi Kementerian dan pangkalan data sentiasa tersedia dan selamat.
  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi penggunaan sistem aplikasi Kementerian.
  • Mengurus dan melaksanakan latihan pengguna dan pentadbir sistem bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Menyediakan dokumentasi bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.

 

UNIT PEMBANGUNAN SISTEM II

  • Merancang, mengurus dan menyelaras hala tuju sistem aplikasi Kementerian.
  • Menjalankan kajian keperluan pengguna (user requirement study) bagi setiap sistem aplikasi Kementerian yang akan dibangunkan.
  • Mereka bentuk dan membangunkan pangkalan data dan antara muka pengguna bagi setiap sistem aplikasi Kementerian.
  • Menyediakan prototaip sistem aplikasi Kementerian yang akan dibangunkan.
  • Membangunkan kod aturcara sistem aplikasi Kementerian.
  • Melaksanakan pengujian fungsian dan penerimaan pengguna bagi sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Melaksanakan pengujian capaian dan keselamatan sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Menyenggara dan melaksanakan backup pangkalan data dan sistem aplikasi.
  • Melaksanakan penambahbaikan semua sistem aplikasi sedia ada dari masa ke semasa mengikut permintaan dan keperluan pengguna.
  • Merancang, mereka bentuk, membangun dan melaksanakan mobile applications
  • Mengurus, menyelia, menyelaras dan memastikan semua sistem aplikasi Kementerian dan pangkalan data sentiasa tersedia dan selamat.
  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi penggunaan sistem aplikasi Kementerian.
  • Mengurus dan melaksanakan latihan pengguna dan pentadbir sistem bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Menyediakan dokumentasi bagi setiap sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Menyelaras pengemaskini data GIS Kementerian.
  • Berkolaborasi dengan MacGDI berkaitan dengan aktiviti dan hala tuju GIS Kementerian.

 

UNIT PORTAL DAN LATIHAN

  • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras keperluan latihan teknikal ICT untuk Bahagian dan Kementerian.
  • Merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara Portal Rasmi Kementerian.
  • Merancang, mengurus, membangun dan menyelenggara Laman Web Khas Kementerian. (KUD, RBC,TVET dan Majlis/ Persidangan Khas (cth: AARDO,AMRDPE)
  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan Sistem Pemantauan Aduan Agensi Awam (SISPAA).
  • Menyediakan rekabentuk paparan antaramuka (GUI) bagi sistem aplikasi dalaman.

 

CAWANGAN PENGURUSAN PROJEK ICT DAN MULTIMEDIA (M)

UNIT PENGURUSAN PROJEK ICT

  • Menyenggara, mentadbir, memberi khidmat nasihat, latihan dan bantuan teknikal bagi sistem-sistem di bawah Projek Kerajaan Elektronik / Aplikasi Perdana.
  • Memberi khidmat rundingan dan bantuan teknikal berkaitan capaian dan penggunaan sistem.
  • Mengurus dan menyelaras keperluan serta maklumat aplikasi Perkhidmatan Online Sektor Awam Kementerian dan Agensi.
  • Menyelaras, mentadbir dan memantau penggunaan Aplikasi Media Sosial.
  • Merancang, menyelaras, dan mengurus pembangunan Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian.
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian.
  • Urus Setia Pelan Strategik ICT (ISP) Kementerian.
  • Urus Setia Jawatankuasa Teknikal ICT (JTI) dan Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT).
  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek ICT di bawah kelulusan JTI dan JPICT.
  • Menyelaras dan menyediakan laporan pemantauan pelaksanaan projek ICT di bawah kelulusan JTI dan JPICT kepada pihak MAMPU.
  • Merancang, mengurus dan mengadakan lawatan tapak pemantauan projek ICT di bawah kelulusan JPICT.
  • Merancang, menyelaras dan mengurus pembangunan MyGovEA di Kementerian.
  • Merancang, menyedia, mengurus kertas-kertas kerja berkaitan perjawatan, Rancangan Malaysia (RMK) dan lain-lain.

 

UNIT PEMBANGUNAN MULTIMEDIA & KORPORAT

  • Menyelaras, merancang, mereka bentuk dan membangunkan Aplikasi Multimedia di peringkat Kementerian.
  • Menyelaras, merancang, mereka bentuk dan membangunkan montaj dan video bagi program Kementerian.
  • Mereka bentuk dan membangunkan prototaip montaj dan video.
  • Mereka bentuk antara muka grafik untuk sistem aplikasi yang dibangunkan.
  • Memberi bantuan dan khidmat nasihat berkaitan keperluan penggunaan Multimedia di peringkat Kementerian.
  • Membangun, merekabentuk, menyunting, melaksana dan menyelaras rekabentuk grafik bagi majlis / program Kementerian.
  • Menyediakan kandungan, merekabentuk, membuat hebahan dan melaksanakan Info ICT.
  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal (multimedia) bagi pelaksanaan gimik perasmian majlis/ program Kementerian.
  • Merancang, menyelaras dan mengurusetiakan latihan / kursus ICT Creative Team Kementerian dan Pengurusan Projek ICT.
  • Menyelaras maklumat dan menyelenggara Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu Paparan Digital iBoard Kementerian.

 

CAWANGAN INFRASTRUKTUR ICT (R)

UNIT OPERASI DAN BANTUAN TEKNIKAL

  • Merancang, mengurus dan melaksana operasi dan bantuan teknikal ICT (Helpdesk ICT)
  • Merancang, mengurus dan melaksana bantuan teknikal Audio Visual
  • Merancang, mengurus dan melaksana bantuan teknikal Persidangan Video
  • Merancang, mengurus dan melaksana bantuan teknikal CCTV Bahagian
  • Memberi khidmat nasihat dan bantuan teknikal bagi pelaksanaan Sistem Aplikasi Khidmat Bantuan Teknikal (TTRAC)
  • Menyelaras keperluan dan agihan aset alih ICT sedia ada serta kontrak berkaitan.
  • Merancang, mengurus, menyelaras keperluan Makmal Komputer dan Makmal GIS
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau Juruteknik Komputer di Ibu pejabat
  • Merancang, mengurus, menyelaras kerja-kerja penyelenggaraan bagi aset alih ICT pengguna sedia ada termasuk di Pusat Komuniti Desa (PKD) Pejabat KPLB Negeri (PKN)
  • Menyelaras keperluan perolehan dan agihan perisian umum dan khusus untuk Kementerian
  • Merancang dan menyelaras keperluan penyelidikan (R&D) dan Inovasi.
  • Menyelaras dan menguruskan penyelenggaraan aset ICT yang melibatkan Penyelenggaraan Pencegahan (PM) bagi aset yang masih dalam tempoh kontrak dan Penyelenggaraan Baik Pulih (CM) bagi peralatan ICT yang telah tamat tempoh jaminan.

 

UNIT RANGKAIAN DAN PUSAT DATA

  • Merancang, mengurus, menyelaras, menyelenggara infrastruktur rangkaian komputer Kementerian termasuk di PKN dan PKD.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras sistem rangkaian dan kemudahan internet/Intranet (WAN)
  • Merancang, mengurus dan mentadbir semua pelayan dan pangkalan data
  • Merancang, mengurus dan menjalankan operasi dan pemantauan Pusat Data
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan memantau operasi dan khidmat sokongan teknikal Komputer di Pejabat Cawangan Negeri
  • Merancang, mengurus, menyelaras perolehan dan kerja-kerja penyelenggaraan bagi aset alih ICT (Rangkaian & Pusat Data)
  • Merancang dan mengurus program penambahbaikan infrastruktur rangkaian dan pusat data melalui perkongsian pengetahuan dan teknologi terkini
  • Merancang, melaksana dan menyelaras pembangunan IPv6
  • Urus Setia Pasukan Petugas MyGov*Net
  • Urus Setia Jawatankuasa/ Pasukan Kerja IPv6

 

UNIT KESELAMATAN DAN PEMULIHAN BENCANA ICT

  • Merancang, mengurus, mentadbir dan menyelenggara Sistem Emel Kementerian
  • Merancang, mengurus, mentadbir dan menyelenggara Sistem Antivirus, AntiSpam dan Sistem Backup and Recovery
  • Mengurus, memantau dan menyelaras pengendalian insiden keselamatan ICT
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pengoperasian Pelan Pemulihan Bencana (Disaster Recovery Plan)
  • Merancang, mengurus, mentadbir dan melaksana langkah pengukuhan keselamatan ICT secara berkala melalui Security Posture Assessment (SPA)
  • Merancang, mengurus dan mengemaskini Dasar Keselamatan ICT (DKICT) KPLB
  • Merancang dan mengurus program pemantapan keselamatan ICT melalui perkongsian pengetahuan dan teknologi terkini.
  • Merancang, mengurus dan melaksana program pembudayaan keselamatan ICT
  • Penyelaras Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer / Computer Emergency Response Team (CERT) KPLB
  • Penyelaras Pelaksanaan Pensijilan Information Security Management System (ISMS)
  • Urusetia Seminar Kesedaran Keselamatan ICT

 

UNIT PENGURUSAN PEROLEHAN DAN ASET

  • Menyelia, menyelaras dan melaksanakan proses penerimaan, pendaftaran, agihan dan penempatan aset.
  • Menyelaras dan melaksana pengemaskinian penempatan dan status aset melalui Sistem Pengurusan Aset Alih Kerajaan (SPA)
  • Merancang , menyelaras dan melaksanakan pemeriksaan aset secara berkala.
  • Melaksanakan pemeriksaan/naziran ke Aset Alih yang didaftarkan di bawah Bahagian Pengurusan Maklumat di setiap Bahagian, PKN dan PKD.
  • Merancang, mengurus, melaksana dan memantau urusan pelupusan aset alih ICT yang telah melebihi tempoh 5 tahun dan mempunyai status BER (Beyond Economic Repair).
  • Melaksanakan Pemeriksaan Pelupusan (PEP) ke atas Peralatan ICT di Kementerian, Agensi di bawah Kementerian dan PKD
  • Mengurus dan memantau Kontrak Bekalan dan Kontrak Perkhidmatan di Bahagian Pengurusan Maklumat.
  • Urus Setia Mesyuarat Pengurusan Aset peringkat Bahagian.
  • Menyediakan pelaporan untuk Mesyuarat JKPAK Kementerian.
  • Ahli Jawatankuasa Pemeriksaan Aset Alih di KPLB.
  • Merancang, mengurus, menyelaras keperluan dan urusan perolehan aset alih ICT
  • Merancang, mengurus dan menyelaras perolehan alat dan talian mudah alih