Bahagian Pembangunan Usahawanan Desa

Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Pembangunan Usahawan Desa

Nama : Encik Mohd Fariszan bin Ahmad
E-mel : fariszan[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2211
No. Faks : 03 – 8888 2336

Objektif

Bahagian Pembangunan Usahawan Desa (BPUD) bertanggungjawab merangka polisi, merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program keusahawanan luar bandar ke arah mewujudkan sumber pendapatan serta peluang pekerjaan dalam usaha merancakkan pembangunan ekonomi desa selari dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Pada masa yang sama, BPUD juga mendukung matlamat Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul sepertimana yang terkandung dalam Dasar Keusahawanan Nasional.

Dengan peranan dan fungsi yang diamanahkan, BPUD bergerak ke arah matlamat untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut:

  1. Membentuk sikap, budaya dan minda keusahawanan di kalangan semua lapisan masyarakat luar bandar;
  2. Menyediakan ruang dan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk terlibat dalam aktiviti ekonomi;
  3. Mengkomersialkan produk dan perkhidmatan luar bandar ke pasaran global melalui program pakatan strategik dan jaringan perniagaan;
  4. Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan ke arah menjadi peneraju utama pengupayaan ekonomi luar bandar;
  5. Melahirkan usahawan sosial di kalangan masyarakat luar bandar; dan
  6. Memperkenalkan teknologi dan inovasi baru untuk diaplikasikan oleh usahawan luar bandar.

Fungsi

UNIT PENGKOMERSILAN PERNIAGAAN

Fungsi Teras

  • Merancang, menyusun dan memantau pelaksanaan pelan strategik pembangunan usahawan luar bandar melalui penyediaan Roadmap Usahawan@KPLB.
  • Merancang, melaksana dan menilai keberkesanan aktiviti pengkormesilan produk usahawan ke platform premium terpilih dalam negara melalui program Rural Premiun Gateway.
  • Merancang, melaksana dan menilai keberkesanan aktiviti promosi eksport serta pemasaran produk usahawan ke luar negara di bawah program Rural to Global.
  • Merangka, menyelaras dan memantau pembangunan serta kemasukan data ke Sistem Maklumat Usahawan Desa (e-UD) Fasa 2.
  • Melaksana tugas keurusetiaan Pasukan Task Force Penubuhan Agensi Pemasaran Produk Luar Bandar (Rural Marketing Agency – RMA).

 

Fungsi Pelbagai

  • Menyelaras dan menyediakan ulasan Memorandum Jemaah Menteri
  • Melaksanakan tugas dan peranan sebagai Web Portal Content Manager Kementerian dan Karnival Usahawan Desa.
  • Melaksanakan tugas dan peranan selaku wakil Bahagian dalam Jawatankuasa Anugerah Inovasi dan Kualiti KPLB.
  • Menyelaras penyediaan Jawapan Pertanyaan Parlimen.
  • Menyelaras penyediaan Laporan Pencapaian KPI.

 

UNIT SOKONGAN PERNIAGAAN (PENYELARASAN DAN PENTADBIRAN)

Fungsi Teras

  • Merancang dan melaksanakan Program Rural Business Outlet@KPLB.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan program dan inisiatif pembangunan usahawan Kecil dan Sederhana (PKS) luar bandar.
  • Merancang, menyelaras dan memantau Program Usahawan Bergerak (Mobilepreneur@KPLB).
  • Merancang dan menyediakan dasar dan strategi pelaksanaan mengenai inisiatif kewangan.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras pelaksanaan Program Outreach Usahawan@KPLB.
  • Mengurus dan menyelaras Pelaporan SMEIPA.

 

Fungsi Pelbagai

PENYELARASAN, PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

  • Merancang dan menyelaras hal ehwal pentadbiran Bahagian.
  • Merancang, menyelaras dan menyediakan pengurusan kewangan, Bajet Pembangunan Bahagian dan Bajet Mengurus Bahagian.
  • Menyelaras pelaporan, maklum balas dan aduan mengenai aktiviti dan program ekonomi desa yang dilaksanakan di peringkat Kementerian dan Agensi/Kementerian lain.
  • Merancang dan menyelaras sistem SPPII.
  • Mengurus aset dan inventori pejabat.
  • Mengurus keselamatan rekod, fail dan pejabat.
  • Menyelaras dan mengurus Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA).
  • Menyelaras gerak kerja untuk program khusus daerah terpinggir.

 

UNIT PEMBANGUNAN USAHAWAN (RBC)

Fungsi Teras

  • Merancang dan menyediakan dasar dan strategi pelaksanaan mengenai pembangunan perniagaan dan Program Rural Business Challenge (RBC).
  • Merancang dan melaksanakan penganjuran Pertandingan RBC secara tahunan.
  • Merancang, menyelaras, memantau dan melapor pelaksanaan projek-projek Pemenang Program RBC.
  • Merancang dan menyelaras penyaluran geran perniagaan bagi pelaksanaan projek-projek Pemenang Program RBC.
  • Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program pembangunan dan aktiviti sokongan RBC.

 

Fungsi Pelbagai

  • Menyelaras dan melaksanakan tugas sebagai ahli Jawatankuasa Pemandu ICT.
  • Menyelaras dan melaksanakan tugas sebagai ahlii Jawatankuasa Induk Kajian Kementerian.
  • Merancang, mengurus dan melaksanakan EKSA di Bahagian.

 

UNIT KEMUDAHAN PEMBIAYAAN (SPED)

Fungsi Teras

  • Merancang dan menyediakan dasar dan strategi pelaksanaan mengenai pembiayaan perniagaan dan pinjaman.
  • Menyelaras dan melaksanakan pemprosesan permohonan SPED, penilaian daya maju perniagaan, memutuskan permohonan melalui Jawatankuasa SPED dan urusan pengeluaran pinjaman SPED bersama Bank Pelaksana.
  • Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti sokongan SPED.

 

Fungsi Pelbagai

  • Menyelaras dan melaksanakan penyediaan laporan Piagam Pelanggan.

 

UNIT PENGUKUHAN PEMASARAN

  • Merancang dan melaksanakan penganjuran Karnival Usahawan Desa (KUD), Mini KUD dan eKUD@KPLB.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras penyertaan usahawan ke program-program pemasaran tempatan.
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SKPLB).

 

Fungsi Pelbagai

  • Menyelaras perancangan dan pelaksanaan program pemasaran dalam negara termasuklah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).