Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat

SUB-KD

Nama : Puan Juniadah binti Ali
E-mel : juniadah[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2211
No. Faks : 03 – 8888 2336

Objektif

  • Memastikan syarikat berdaya maju dan berdaya saing dengan pengurusan yang telus, cekap dan berkemahiran serta kedudukan kewangan yang kukuh.
  • Memastikan pelaburan dan aktiviti syarikat memberi faedah yang optimum kepada kumpulan sasar dan pulangan yang munasabah kepada agensi.
  • Memastikan syarikat mematuhi dasar dan peraturan semasa yang berkuatkuasa:
    • membantu gerakan koperasi luar bandar bertindak sebagai alat pembentukan masyarakat luar bandar yang berdikari dan berdaya saing.
  • Menyelaras peruntukan serta memantau prestasi program/projek di bawah tiga (3) sektor utama Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu usahawan, pendidikan dan multi sektor.
  • Menyemak dan memperakukan perancangan program/projek Majlis Amanah Rakyat (MARA) termasuk bajet pembangunan dan operasi.
  • Memantau dan menilai pelaksanaan program/projek Majlis Amanah Rakyat (MARA):
    • bertanggungjawab bagi urusan Lembaga Perolehan A dan Lembaga Perolehan B bagi program/projek di bawah kawalan Majlis Amanah Rakyat (MARA);
    • memberi maklumbalas terhadap pemasalahan/isu yang dihadapi Majlis Amanah Rakyat (MARA); dan
    • menguruskan Bantuan Pendidikan KPLB.
  • Memastikan semua permohonan untuk penswastaan ​​tanah milik Kementerian dan agensi-agensi di bawah Kementerian diproses mengikut Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri (UKAS, JPM).

Fungsi

Unit Kawal Selia Pelaburan Dan Hal Korporat Syarikat (Unit A)

  • Memantau tadbir urus korporat & kewangan anak syarikat;
  • Menganjurkan Anugerah Anak Syarikat Terbaik & CEO Terbaik;
  • Menyelaras smart partnership & penerokaan bidang baru di kalangan anak syarikat milikan Kementerian /Agensi;
  • Menyelaras maklumbalas & tindakan pembetulan terhadap teguran audit;
  • Menganjurkan kursus dan latihan untuk pembangunan modal insan berkaitan syarikat

Unit Penswastaan dan Pentadbiran (Unit B)

  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah BAKTIDESA;
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Penswastaan;
  • Urusetia Bahagian bagi program-program Kementerian; dan
  • Menyelaras urusan pentadbiran Bahagian (pengurusan kewangan, pengurusan sumber manusia dan pengurusan aset, rekod dan keselamatan).

 

Unit TVET dan Penyelarasan MARA (Unit C)

  • Menyelaras program TVET@KPLB;
    Menyelaras isu berkaitan pendidikan MARA;
    Pemantauan penyediaan dan penyelarasan penghantaran Nota Jemaah Menteri bagi Laporan ringkasan Kedudukan Kewangan dan Prestasi Tahunan MARA (Belum Beraudit) serta Memorandum Jemaah Menteri bagi Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan MARA (Telah Diaudit) kepada Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri; dan
    Penyediaan deraf jawapan bagi pertanyaan Dewan Rakyat dan Dewan Negara bagi perkara/ isu dasar di bawah seliaan.