Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Rakyat

SUB-KR

Nama : Encik Mohd Badrie bin Abd Rahim
E-mel : badrie[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 5644
No. Faks : 03 – 8881 0264

Objektif

Objektif Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BKR) ialah untuk membantu usaha-usaha Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemiskinan dan membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar negara serta meningkatkan mutu kehidupan golongan miskin di luar bandar selaras dengan dasar-dasar Kerajaan yang berkaitan dengan pembasmian kemiskinan dan pembangunan luar bandar. Hasrat ini akan dapat dicapai melalui :

  • Peningkatan keupayaan Agensi Pelaksana dalam tugas-tugas perancangan, pengawasan, pengesanan dan penilaian serta penyelarasan di semua peringkat dalam pelaksanaan Program-Program di bawah Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR);
  • Mempastikan supaya projek-projek SPKR mencapai matlamat yang ditetapkan dengan bantuan benar-benar sampai kepada kumpulan sasar melalui pengawasan, pengesanan dan penyelarasan yang berkesan; dan
  • Peningkatan penglibatan dan sumbangan Badan Bukan Kerajaan dan Swasta dalam program pembasmian kemiskinan supaya selaras dengan matlamat mewujudkan masyarakat penyayang.

Fungsi

UNIT A – PENTADBIRAN BAHAGIAN DAN PENYELARASAN PROGRAM SPKR

  • Menyelaras pentadbiran Bahagian
  • Penyelarasan dan kawalan belanjawan mengurus dan pembangunan tahunan
  • Perancangan dan penyelarasan dasar SPKR
  • Penyelarasan maklumat, pelaporan dan aduan berkaitan SPKR
  • Penyelarasan maklum balas Parlimen dan mesyuarat-mesyuarat utama

UNIT B – PENYELARAS PPRT DAN PROGRAM SPKR ZON SARAWAK

  • Perancangan dan penyelarasan dasar berkaitan PPRT.
  • Penyelarasan pelaksanaan operasi, pemantauan program SPKR dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan mengikut zon.
  • Penyediaan maklumat Akaun Pengurusan Projek, dan pengemaskinian projek dalam SPPII & penyelarasan maklumat senarai permohonan dan penerima bantuan SPKR mengikut zon
  • Membantu mengkaji dan menilai senarai penerima bantuan SPKR mengikut zon

UNIT C – PENYELARAS PPP DAN PROGRAM SPKR ZON SABAH

  • Perancangan dan penyelarasan dasar berkaitan PPP.
  • Penyelarasan pelaksanaan operasi, pemantauan program SPKR dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan mengikut zon.
  • Penyediaan maklumat Akaun Pengurusan Projek, dan pengemaskinian projek dalam SPPII & penyelarasan maklumat senarai permohonan dan penerima bantuan SPKR mengikut zon
  • Membantu mengkaji dan menilai senarai penerima bantuan SPKR mengikut zon

UNIT D – PENYELARAS PLKK DAN PROGRAM SPKR ZON SELANGOR  DAN ORANG ASLI

  • Perancangan dan penyelarasan dasar berkaitan PLKK.
  • Penyelarasan pelaksanaan operasi, pemantauan program SPKR dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan mengikut zon.
  • Penyediaan maklumat Akaun Pengurusan Projek, dan pengemaskinian projek dalam SPPII & penyelarasan maklumat senarai permohonan dan penerima bantuan SPKR mengikut zon
  • Membantu mengkaji dan menilai senarai penerima bantuan SPKR mengikut zon

UNIT E – PENYELARAS PROGRAM KHAS DAN PROGRAM SPKR ZON SELATAN (NEGERI SEMBILAN, MELAKA DAN JOHOR)

  • Perancangan, penyelarasan dasar dan pelaksanaan program-program khas (Program Pintar Harapan, ASB Sejahtera dan lain-lain)
  • Penyelarasan pelaksanaan operasi, pemantauan program SPKR dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan mengikut zon.
  • Penyediaan maklumat Akaun Pengurusan Projek, dan pengemaskinian projek dalam SPPII & penyelarasan maklumat senarai permohonan dan penerima bantuan SPKR mengikut zon
  • Membantu mengkaji dan menilai senarai penerima bantuan SPKR mengikut zon

UNIT F – PENYELARAS SPKR ZON UTARA (PERLIS, KEDAH, PERAK DAN PULAU PINANG)

  • Perancangan, penyelarasan dasar dan pelaksanaan program perumahan selain PPRT (rumah mampu milik, rumah generasi kedua luar bandar dan lain-lain)
  • Penyelarasan pelaksanaan operasi, pemantauan program SPKR dan mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan mengikut zon.
  • Penyediaan maklumat Akaun Pengurusan Projek, dan pengemaskinian projek dalam SPPII & penyelarasan maklumat senarai permohonan dan penerima bantuan SPKR mengikut zon
  • Membantu mengkaji dan menilai senarai penerima bantuan SPKR mengikut zon

UNIT G – PENYELARAS SPKR ZON TIMUR (KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG)