Profil Perkhidmatan

Setiausaha Bahagian Prasarana

SUB-PRASARANA

Nama : Dato’ Ahmad Firdaus bin Baharuddin
E-mel : ahmadfirdaus[at]rurallink[dot]gov[dot]my
No. Telefon : 03 – 8891 2244
No. Faks : 03 – 8888 2337

Objektif

  • Menyediakan kemudahan prasarana, utiliti dan ameniti sosial yang berkualiti untuk meningkatkan keselesaan, kesejahteraan dan menggerakkan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.

Fungsi

  • Bertanggungjawab ke atas perancangan, pengurusan, pelaksanaan, pemantauan program-program Bahagian.
  • Merangka dan menyemak semua dasar/perubahan dasar selaras dengan dasar, matlamat dan strategi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
  • Mengenal pasti mekanisma pelaksanaan program bagi mewujudkan sistem penyampaian secara cekap dan berkesan.
  • Memastikan pelaksanaan program-program Bahagian mematuhi Garis Panduan yang ditetapkan dan selari dengan dasar Kerajaan.
  • Merancang, mengawal dan mengurus Belanjawan Mengurus dan Belanjawan Pembangunan Lima Tahun dan Tahunan selaras dengan matlamat yang telah ditetapkan.
  • Mewujudkan jaringan kerjasama dan mempertingkatkan hubungan strategik dengan agensi dan sektor luar.
  • Merangka dan membangunkan sistem maklumat dan inventori program pembangunan Bahagian.
  • Merangka penggunaan sistem/teknologi baru dalam pelaksanaan program pembangunan Bahagian ke arah meningkatkan keberkesanan Sistem Penyampaian (Delivery System).
  • Menganggotai Jawatankuasa Pemandu Penyelarasan Pelaksanaan Program Prasarana, Utiliti dan Ameniti Sosial.