Amalan Terbaik Yang Dilaksanakan Dalam Usaha Pembaharuan dan Pencegahan Untuk Meningkatkan Integriti

BIL
AMALAN TERBAIK PELAKSANA
1 Hebahan mengenai nilai murni melalui alat siaraya pada setiap pagi sebelum memulakan tugas. KKLW
2 Mengadakan program pemurnian pemahaman prosedur tatatertib dan menghebahkan tindakan tatatertib yang diambil. KKLW
3 Program pengiktirafan pegawai cemerlang bulanan. KKLW
4 Pelaksanaan MAWar (MARA War Room) sebagai mekanisme penyelesaian masalah dengan pantas dan secara kolektif. MARA
5 Peringatan secara bertulis dilekatkan di cermin kenderaan KEDA sebagai peringatan mengenai kadar had laju. KEDA
6 Menganjurkan sesi latihan khas (hands-on) mengenai pendahuluan diri dan tuntutan perjalanan bagi PTJ KKLW Cawangan Negeri. Bhg. Kewangan, Belanjawan & Akaun
7 Menganjurkan kursus-kursus kewangan dari semasa ke semasa seperti Kursus Asas Perakaunan Kerajaan, Kursus Perakaunan Bayaran Kerajaan, Kursus eSPKB dan Kursus Perakaunan Hasil Kerajaan. Bhg. Kewangan, Belanjawan & Akaun
8 Kursus kecemerlangan khas untuk pegawai/kakitangan baru. KEDA
9 Mengadakan Pertandingan Anugerah Kualiti Pengurusan antara Bahagian/Zon/Unit. KEDA
10 Kes aduan direkod dalam fail secara berasingan mengikut kategori aduan. JAKOA
11 Mengadakan perjumpaan antara pegawai dan kakitangan dan mengadakan kursus motivasi dari semasa ke semasa untuk mengingatkan tentang peraturan yang berkuat kuasa dan meningkatkan mutu kerja. JAKOA
12 Pelaksanaan 5S di ibu pejabat lembaga Bandaran Johor Tenggara dan Pejabat Cawangan Bandar Tenggara. KEJORA
13 Penggunaan Sistem MyMeeting di mana panggilan mesyuarat dibuat melalui emel dan dokumen-dokumen edaran mesyuarat dapat diedarkan lebih awal secara online. KEJORA
14 Penggunaan Sistem CMS (Content Management System ) yang membolehkan anggota menghantar dokumen dan maklumat dalam bentuk softcopy kepada Bahagian Teknologi Maklumat untuk dimuat naik ke dalam laman web KEJORA. KEJORA
15 Penggunaan Sistem ePerubatan yang membolehkan anggota membuat semakan ke atas rekod dan kos rawatan kesihatan di klinik-klinik panel KEJORA. KEJORA
16 Penggunaan Sistem eRating untuk menilai kepuasan hati pelanggan semasa berurusan di KEJORA. KEJORA
17 Penggunaan Sistem eSurvey untuk menjalankan soal selidik ke atas anggota tentang perkara-perkara tertentu secara online. KEJORA
18 Penggunaan Sistem MyPrestasi untuk memantau pelaksanaan tugas dan prestasi setiap bahagian di KEJORA. KEJORA
19 Penggunaan Sistem ePerjawatan yang membolehkan permohonan jawatan kosong di KEJORA dibuat secara online. KEJORA
20 Sistem rangkaian bagi e-Medik, e-Peperiksaan, e-Pengembangan dan e-Benih. RISDA
21 Semua pegawai dan kakitangan di semua peringkat pusat tanggung jawab yang terilbat dengan sistem perolehan samada secara langsung atau tidak langsung telah menandatangani surat akuan “Integrity Pact” selaras dengan Surat Arahan Perbendaharaan. RISDA
22 Kajian semula penurunan kuasa kepada pegawai dan kakitangan disemua Pusat Tanggung Jawab melalui Arahan Ketua Pengarah. RISDA
23 Melaksanakan Program Senaman Pagi bagi mewujudkan penghayatan terhadap budaya kehidupan sihat. MARA