Pengenalan

EPP7 merupakan salah satu projek di bawah Program Transformasi Kerajaan 2.0 Desa Abad ke-21 di bawah NKEA Pertanian (EPP7). Kementerian ini telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek ini secara usaha sama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan syarikat swasta yang dilantik.

Peranan KKLW adalah untuk mencadangkan tapak yang sesuai ditanam dengan tanaman yang akan ditanam secara berskala besar atas pengesyoran Jabatan Pertanian. Keluasan minimum tanah yang diperlukan adalah seluas 200 ekar. Selain itu, Kementerian juga bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan infrastruktur di luar ladang (jalan ladang, bekalan air dan elektrik sahaja) yang diperlukan mengikut keperluan syarikat iaitu dari jalan/sumber/meter utama ke pintu masuk ladang.

Projek EPP7 KKLW

PROJEK LADANG KOMERSIAL BERSKALA BESAR (EPP 7) AGROPOLITAN CHEMOMOI, BENTONG, PAHANG

projek-epp7-1-1

projek-epp7-1-2

PROJEK LADANG BUAH BERSKALA BESAR (EPP 7) DI KAWASAN PERTANIAN KAMPUNG TUAN SEH, SEDILI KECIL, KOTA TINGGI, JOHOR

projek-epp7-2-1

projek-epp7-2-2

PROJEK LADANG BUAH BERSKALA BESAR (EPP 7) DI  KAMPUNG BAN HO, MUKIM BANDI, KEMAMAN, TERENGGANU

projek-epp7-3-1

projek-epp7-3-2

PROJEK LADANG BUAH BERSKALA BESAR (EPP 7) DI KAMPUNG KUALA SAT, JERANTUT, PAHANG

projek-epp7-4-1

projek-epp7-4-2