Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di bawahJawatankuasa Koperasi, Bahagian Pelaburan dan Anak Syarikat (PSA) telah menubuhkan Koperasi Luar Bandar Malaysia Berhad (KOOP Luar Bandar). Koperasi ini telah diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 16 Oktober 2013 dengan fungsi utamanya ialah kredit yang melibatkan kawasan operasi di seluruh Malaysia.

3.         Objektif utama penubuhan KOOP Luar Bandar ialah untuk meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi melalui pelaburan jangka panjang. Ia juga memberi peluang kepada semua untuk membuat simpanan dengan Jangkaan Pulangan sehingga 20% (mengikut keuntungan) serta memberikan faedah Pinjaman Kredit kepada ahli koperasi yang layak. Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di bawah KOOP Luar Bandar ialah seperti berikut:

1.         Menjalankan aktiviti jimat cermat (simpanan) dan pinjaman;

2.         Menjalankan aktiviti ternakan; dan

3.         Menjalankan aktiviti industri asas tani.

4.         Pelancaran rasmi KOOP Luar Bandar akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Menteri KKLW pada awal tahun2014 kelak. Sehubungan dengan itu, semua Warga KKLW termasuk Jabatan dan Agensi di bawah KKLW amat dialu-alukan untuk menyertai KOOP Luar Bandar dengan mengisikan Borang Ahli seperti di Lampiran dan mengemukakannya kepada:

~ BORANG PERMOHONAN AHLI BOLEH DIFAKS / EMEL / POS / DIHANTAR TERUS KE :

Jawatankuasa KOOP Luar Bandar Malaysia Berhad

Bahagian Pelaburan & Anak Syarikat (PSA), Aras 24 KKLW

Tel : 03 8891 2224 / 2230  Faks : 03 8888 2336  

Emel : julianazren@wearerocketeer.com/kplb/  & arni@wearerocketeer.com/kplb/

(sila kemukakan sebelum tarikh 10 Januari 2014)

5.         Maklumat terperinci berhubung Peraturan dan Undang-undang Kecil KOOP Luar Bandar akan diedarkan oleh Jawatankuasa Koperasi kelak. Semoga dengan penyertaan semua Warga KKLW, Jabatan dan Agensi di bawahnya akanberjaya mencapai matlamat penubuhan koperasi demi meningkatkan sumber pendapatan serta ekonomi melalui pelaburan jangka panjang. Perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Dr / Tuan / Puan berhubung maklumat di atas amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Klik di [sini] untuk mendapatkan Borang Ahli Koperasi Luar Bandar

koperasi