[Pengupayaan Gerakan Daya Wawasan]
[Pertandingan Desa Cemerlang (PDC)]
Pengupayaan Gerakan Daya Wawasan
YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri sempena Perasmian Konvensyen Gerakan Daya Wawasan (GDW) di Universiti Tenaga Malaysia, Bangi, selangor, pada 29 April 2003 telah mencetuskan supaya Gerakan Desa Wawasan diberi nafas baru berasaskan :
- DAYA masyarakat desa digerakkan berasaskan ekspolitasi sumber sedia ada serta pembangunan sumber kekayaan baru
- DAYA merupakan satu dorongan dan ketahanan dalaman serta kebolehan seseorang individu dan kepimpinan masyarakat dalam berhadapan dengan cabaran semasa atau dalam mencapai sesuatu matlamat.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa melancarkan secara rasmi GERAKAN DAYA WAWASAN di stadium Putra, Bukit Jalil pada 26 Julai 2003 telah memperakui asas-asas baru yang didasarkan dalam gerakan pemerkasaan rakyat ini. Ringkasnya, GERAKAN DAYA WAWASAN adalah :
" Satu usaha bersepadu pelbagai pihak yang terlibat dengan pembangunan luar bandar menyokong penuh inisiatif penduduk desa memperkukuh serta menggunakan segala daya-upaya masing-masing untuk mengekploitasi potensi ekonomi sedia ada dan sumber kekayaan baru sekitar mereka bagi tujuan meningkatkan kesejahteraan hidup seimbang "

Projek Ternakan Udang
GERAKAN DAYA WAWASAN turut digunapakai dalam satu daripada teras utama Kajian Separa Penggal RM Ke-8 dalam Sektor Pembangunan Pertanian, iaitu:
" Usaha untuk memperkasakan pemimpin masyarakat dan penduduk luar bandar akan dipergiatkan lagi di bawah pendekatan Gerakan Daya Wawasan bagi pembangunan luar bandar. Di bawah pendekatan ini, usaha akan diambil untuk melibatkan pemimpin masyarakat secara langsung dalam proses membuat keputusan dan proses melaksanakan projek di kawasan mereka. Disamping itu, program latihan akan dipergiatkan untuk meningkatkan keupayaan masyarakat luar bandar menyertai dan menerokai aktiviti baru yang berorientasikan komersil bukan sahaja dalam aktiviti berasaskan pertanian tetapi juga dalam bidang lain yang berkembang dalam sektor industri, perdagangan dan perkhidmatan "

Perusahaan Membuat Belacan
Di kawasan luar bandar, program pembangunan masyarakat yang selaras denganGerakan Daya Wawasan akan terus diperkukuhkan bagi mewujudkan masyarakat luar bandar yang berpengetahuan dan berdikari. Program pembangunan kampung yang memberi tumpuan kepada gabungan usaha antara sektor awam dan swasta serta NGO yang terlibat dalam masyarakat luar bandar akan dilaksanakan di bawah pendekatan Desa sepadu. Kursus berkaitan dengan latihan kemahiran termasuk celik komputer akan terus dijalankan bagi mendedahkan masyarakat luar bandar kepada pengetahuan dan kemahiran baru bagi meningkatkan keupayaan mereka.
|