Program Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) meliputi kaedah sambungan grid, kaedah alternatif seperti solar hybrid dan mikro hidro serta pemasangan Lampu Jalan Kampung (LJK) dalam memastikan kesediaan bekalan elektrik yang mencukupi, terjamin dan berdaya harap kepada penduduk-penduduk khususnya di luar bandar.

Pada tahun 2015, Program BELB telah diluluskan peruntukan sebanyak RM888,359,100.00 dan telah berjaya membelanjakan sebanyak RM797,879,081.46 (89.81%).