Pengenalan : Apa itu Blue Ocean Leadership (B.O.L)

Inisiatif Blue Ocean Leadership atau B.O.L. diperkenalkan bagi memantapkan lagi kepimpinan dan meningkatkan keterlibatan warga kerja dalam sesebuah organisasi. B.O.L. merupakan satu pendekatan sistematik bagi memantapkan amalan kepimpinan ke arah memaksimumkan bakat dan modal insan sedia ada dalam usaha meningkatkan prestasi organisasi. INTAN telah dipilih untuk menerajui pelaksanaan inisiatif ini dengan menjadikan Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai projek rintis kerana INTAN sebagai gapura ilmu mempunyai kepakaran dan keupayaan untuk melaksanakan inisiatif B.O.L. YAB Perdana Menteri telah bersetuju untuk meluaskan pelaksanaan Blue Ocean Leadership (B.O.L) kepada lima Kementerian perintis iaitu Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Belia dan Sukan dan KKLW semasa Sidang Kemuncak NBOS pada 24 Mac 2016.

Objektif

  1. Mengenal pasti tindakan dan aktiviti sesorang pemimpin pada keadaan semasa (As-is Leadership Canvas);
  2. Memperkenalkan tindakan dan aktiviti kepimpinan yang bersesuaian di semua tahap kepimpinan yang memenuhi keperluan realiti pasaran (To-Be Leadership Canvas);
  3. Merangka strategi dan melaksanakan aktiviti kepimpinan yang berimpak tinggi pada kadar kos yang rendah (Plan of Action); dan
  4. Meningkatkan penglibatan pekerja dalam organisasi melalui aktiviti dan tindakan kepimpinan di setiap tahap.

Pelaksanaan

  1. Program akan dilaksanakan selama 6 bulan mulai 1 Jun hingga  1 Disember 2016
  2. Program akan dikendalikan dalam bentuk temu ramah dan bengkel analisa secara kumpulan.
  3. Program akan dilaksanakan di Ibu pejabat dan PCN-PCN yang terpilih menggunakan kemudahan sedia ada.

Profiling Experts dan Fasilitator

Profiling Experts adalah terdiri daripada Setiausaha-setiausaha Bahagian dan Pegawai kanan KKLW, KEMAS dan INFRA terpilih manakala Fasilitator terdiri daripada Pegawai-pegawai kanan INTAN dan JPA.

Ketua Profiling Experts : Ketua Unit Integriti
Ketua Fasilitator : Ketua Kluster Pengajian Dasar Awam dan Governan INTAN KIARA

 

PE-KKLW-2016