AKRAB

Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)

[Latar Belakang]
[Misi]
[Matlamat]
[Objektif]
[Senarai Ahli]

Latar Belakang

AKRAB membawa maksud Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak, Bestari yang merupakan ciri-ciri penting yang perlu ada pada seorang rakan pembimbing.

Pelaksanaan AKRAB di kementerian merupakan sokongan kepada aplikasi psikologi dalam intervensi dan pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1999 iaitu Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam. Melalui pekeliling ini setiap kementerian dan jabatan diharapkan dapat menubuhkan unit perkhidmatan kaunseling secara formal dan terancang.

Bagi memenuhi keperluan ini, Cawangan Khas Pengurusan Psikologi, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia telah menganjurkan 2 tahap Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling kepada pegawai dari kumpulan pengurusan dan professional dan kumpulan sokongan kementerian, jabatan dan agensi. Peserta yang berjaya lulus penilaian tahap akhir bagi kedua-dua tahap program akan dilantik sebagai AKRAB. Sehingga tahun 2010, seramai 49 orang warga kementerian, jabatan dan agensi telah ditauliahkan oleh Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai AKRAB.

Moto AKRAB

Berkhidmat Membimbing

Visi AKRAB

“Menjadikan AKRAB sebagai penggerak pembangunan modal insan dalam Pengurusan Sumber Manusia”


 
  Pautan  
 
Pemudah SME Info Public Complaint Bureau Mampu MSC MyGov MyId MyIdeas JKJR IIM SPA SPR MICCOS PMSPK KSN PRPM
 
     

 


image
Hakcipta Terpelihara 2012 © Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Dasar Privasi | Keselamatan | Penafian
Sesuai dipaparkan menggunakan IE 7.0 & ke atas dan Mozilla Firefox 2.0 & ke atas dengan resolusi 1280 x 1024